Salam Aidil Fitri..
Lamanya diriku ini MC dari blogging.
Raya tahun ni so different dari yang lepas-lepas. sebab kami sangatlah rajin memenuhi jemputan rumah terbuka. di mana-mana ada muka kami.. best gila wa cakap lu... sebab, makan free. theeee
well, walaupun kami bz beraya, kami tetap tidak menghampakan kawan-kawan yang mau beraya ke rumah kami... trip pertama tu aku masak biasa ja, tapi tak sempat snap sebab tersangatlah sedap sampai lupa - okay, aku hanya ditimpa perasaan.. ;D
anyway, hidangan ini aku masak dengan penuh kasih sayang untuk family kak Roslinah Juatan. Dia ni terer masak, jadi aku tidaklah berani bermain api di dapur dengan masakan aku yang ntah hapa-hapa... so, to play safe aku masak yang simple aja.
Resepi ni aku ambik dari blog Kak Azlita - Masam Manis. Simple & Sedap. SANGAT! gila weh sampai kicap lada pun superb kesedapannya.... Thanks kak azlita for sharing this yummilicious recipe. tiada sesalan berhempaspulas di dapur sampaikan nda sempat mandi.. haha. tetamu tengok aku comel gila pakai baju kaftan warna merah hadiah befday dari adik ipar aku. wangi semerbak lagi tu. in fact aku belum mandi time tu... thanks to minyak wangi cap Mediterranean by Elizabeth Arden.
*google*
ok, mari kita masak...
NASI AYAM IPOH PELANGI
Sup Ayam
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang
1 batang lobak
1 sudu besar serbuk lada sulah
Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan lobak dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang, lobak dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menghidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.
1 sudu besar serbuk lada sulah
Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan lobak dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang, lobak dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menghidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.
Ayam Goreng
5 ketul paha ayam 3 biji bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkuk besar.
Masukkan bahan yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk
Kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang 1/2 jam.
Selepas ayam diperap, boleh lah digoreng.
Jangan goreng terlalu lama nanti hangus sebab ada madu kan...
4 mug beras
air rebusan ayam secukupnya mengikut sukatan beras
2 inci halia - ditumbuk
3 biji bawang putih - ditumbuk
3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ada bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
Pewarna - ikut suka
Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasi
Tanak nasi seperti biasa hingga masak.
Bila nasi hampir masak buatkan beberapa lubang dan letakkan setiap warna dalam lubang -lubang itu.
Tutup periuk.
Bila nasi sudah kering gaul rata.
5 biji cili
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung dibancuh dgn air secukupnya - utk memekatkan
Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
Agak-agak panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.
Cili Merah
10 - 15 biji cili api
6 biji cili merah
sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi atau nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
Masukkan semua bahan didalam blender kecuali limau kasturi.
Kisar halus.
Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata.
Hidang Nasi Ayam ini bersama hirisan timun, hirisan tomato, daun salad, taburan daun bawang dan daun sup serta sedikit taburan bawang goreng. Memang sedap! Cubalah..