Thursday, August 23, 2012

Hakikat

Abang selalu cakap, hidup ini pilihan.
Aku boleh memilih yang baik-baik saja dan abaikan yang menyakitkan jiwa.
Abang selalunya memilih gembira dan butakan mata untuk yang negatif meskipun aku tahu hatinya tercalar.
Ya.. aku boleh saja buat begitu, tapi hati aku tidak ampuh dan gagah seperti hati abang.
Dalam hal ini, aku sedikitpun tidak terlibat, anehnya hati aku yang tercalar. 

Dalam semua perkara yang ada diriku, abang akan meletakkan aku di hadapan. Abang akan melindungi aku.  Zahir dan batin. Setitis air mataku menitik, selautan sakit hati dan sumpah seranah abang untuk orang yang mencalar emosi aku. Abang mewakili semua yang aku rasa. Walaupun sudah empatbelas tahun, abang tidak pernah gagal menebak emosi apa yang aku sedang lalui.  Abang adalah lelaki yang sangat aku kagumi selepas arwah bapa aku. Kerana itu, aku tidak pernah takut kehilangan satu apapun di dunia ini, kecuali abang.  Hati yang dia miliki sungguh luar biasa dan hanya aku yang bertuah di dunia ini kerana Allah meminjamkan dia kepadaku. 

Perkara yang terjadi kemarin tu aku kira silapnya berpunca dari aku. Aku sepatutnya mendidik suami aku supaya tidak terlalu prihatin dengan apapun hal dalam famili sebelah aku kecuali untuk perkara yang mendatangkan kesenangan dan kegembiraan. Kerana prihatin untuk perkara yang selain untuk kesenangan, kegembiraan dan keseronokan itu hanya akan mendatangkan kemarahan dan kebencian untuk abang. Kerana keprihatinan abang tu kini kami sudah jadi manusia asing bagi mereka... Kami tidak lagi termasuk dalam list untuk diajak bergembira ke mana-mana. Tak mampu aku huraikan.. terasa sangat sedih dan aku sangat terkilan dengan semua ni. Abang cakap biarlah apapun yang orang fikir.. kerana kita takkan pernah mampu memaksa manusia merasa dirinya bersalah meskipun nyatanya dia bersalah. Aku juga harus akur, satu kesalahan akan menutup sejuta kebaikan. Dan itulah yang terjadi. Hakikat.

Aku tidak mampu menjadi seperti abang. 'Biarlah' untuk semua perkara.
I take everything personally and emotionally.
I try not to cry, but I cry. I try not to be heart-broken, but the fact remains that my heart had been broken.
So, what can I do?