Kadang-kadang, bila emosi mengatasi rasional manusia mudah menjadi sebodoh-bodoh manusia.
Manusia tanpa manusiawi.
Aku rasa semua orang mengalaminya.
Tanpa tipu, aku pun begitu.
Aku selalu berharap setiap apa yang aku cakap, yang aku bayangkan, yang aku lenggokkan difahami.
Dungu! manalah orang akan faham kalau kau tidak terus ke subjek sebenar.
Inilah manusia namanya, suka berseindung di sebalik tabir yang panjang dan anti-tembus. Mana orang nampak. Setakat nampak bayang, susah orang meneka siapa tu di sebalik tabir...
Meski aku tahu begitu, aku masih begitu.
Biarlah.
Bila aku penat meminta, aku aku akan berhenti.
Bila aku berhenti, maknanya aku sudah berjaya memujuk hati aku sendiri.
Tapi,
setakat jam ini hati aku masih merajuk dengan diri sendiri.
Aku harus meyakinkan hati aku ini;
memohon pengertian sesama manusia itu terlalu sukar kerana manusia suka menghakimi.
mohonlah pengertian Allah. Kerana Allah saja yang mampu menebak seratusperatus isi hatimu tanpa menghakimi. Insya'Allah, kau tak akan pernah sakit hati dengan Allah kerana Allah akan beri ketenangan padamu wahai hati...