Kita selalu cakap kosong dengan orang yang kita sayang. Tapi bukankah itu kebahagiaan? #SAM
Sebenarnya aku belum pun tengok cerita ni - SAM : Saya Amat Mencintaimu. But since ramai yang cakap best, makanya aku pujuk dear hubby beli di astro first. tapi hampa ni jawapan yang aku dapat - "kalau suda keluar di astro first, esok-esok sayang cek di youtube, mesti ada suda tu. RM15 tu nanti abang bagi sayang untuk beli relod" ya, begitulah suamiku yang romantik macam aaron aziz tu... sebab dia sure aku beli nanti aku bukan tengok juga tu... aku rakam jak then tengok mungkin sebulan dari sekarang...
Bila aku baca petikan tu, aku automatik tersuka, termelekat malah terkesima juga. Sometimes perkara-perkara yang biasa kita buat kita bukan fikir sangat pun kan.. like hubby dan aku, kami memang selalu share banyak cerita. Baik cerita berisi, cerita kosong malah mengumpat juga. Mungkin faktor masa yang aku kira buat kami berebut-rebut mau bercakap kalau sudah berjumpa.. Seawal jam 6 pagi kami sudah berpisah untuk lebih kurang duabelas jam. During working hours kami banyak berkomunikasi thru SMS ja. Call pun sekadar bertanya sudah makan atau belum, kemudian ailevyu, aimisyu - habis. Kadang-kadang aku rasa juga membanyakkan bil ja call sekadar tanya suda makan ka belum... tapi apalah maknanya charge panggilan RM0.30 seminit tu berbanding kasih sayang yang keprihatinan yang hubby bagi pada aku.. huhu, syahdu la pulak ;-p Dengan perpisahan 12 jam tu, kami hanya ada lebih kurang 5 jam masa bersama sebab masa tidur mana boleh becerita, kan... 5 jam sangat berharga, itulah masa kami mengadap rezeki bersama, solat bersama dan tengok tv bersama - bersama yang lain-lain sewaktu dengannya tu biarlah rahsia ya -
Apa yang kami cerita tu aku pun bukan selalu ingat.. sebab semua pun cakap kosong. kadang-kadang mengumpat rakan sekerja masing-masing. Apa yang terjadi sepanjang hari akan kami kongsikan dan saling komen mengomen.. jadinya, walaupun antara kami tidak pernah jumpa orang yang dicakap tu, macam tau la sangat sebab mengomen macam bagus ja.. tapi di situlah letaknya kebahagiaan kami agaknya. Sebab dalam rumahtangga yang penting ialah KOMUNIKASI. Kurangnya komunikasi maknanya kuranglah kemesraan kan.. mana ada orang mesra tapi kaku. Bila kita berkomunikasi dengan orang yang kita sayang, yang rapat dengan kita, tentulah disertai dengan usapan, tepuktepuk manja, cuit-cuit getek dan mungkin disertai dengan pelukan spontan.. Aku antara satu wanita yang bertuah kerana Allah meminjamkan seorang lelaki yang tidak pernah lokek suara. Di rumah, di kereta atau di mana-mana tidak pernah mute mulut hubby aku itu. Kecuali masa tertentu yang biarlah rahsia... hehe
Aku selalu rasa tertekan bila aku tengok ada pasangan yang tidak bercakap semasa dalam kereta mahupun sedang makan. Habis makan si suami merokok atau pun membaca akhbar atau pun sibuk sorong-sorong jari di screen enpon. Aduhhh!! wife orang tu relax ja, aku pulak stress.. haha.
Apapun, sebagai isteri kepada lelaki seperti hubby aku sangat bersyukur.. meskipun kadang-kadang cerita yang kami share tu tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupan, kami tetap enjoy. Kerana dia memberi perhatian dengan setiap apa yang terlontar dari kotak suaraku, so, why not me?.. sharing is sexy, right?.. so to all married couples out there, kongsilah segala apa pun dengan orang yang paling dekat dengan kita, sebelum kita langsung tiada teman bicara dan terpaksa berkongsi di dinding FB pulak kan... ;)) peace!!
to dear hubby, andainya satu hari nanti sayang sudah tidak ada lagi untuk bersama abang berkongsi segala rasa dan cerita dan kebahagiaan begini, jangan biarkan diri dikuasai emosi cinta mati ya... harus cari teman pengganti.. kerana dalam hidup ini kita harus ada teman bicara untuk kongsi rasa hati otherwise akan jadi gila, sayang... Percayalah cinta pertama tidak semestinya terbaik dari yang kedua. Allah jua yang mengetahui segalanya.. Nah, lagu ini untuk abang...
..aku kan pergi, pergiku tak akan kembali. tiba masanya kau cari teman pengganti!