Sunday, September 23, 2012

One fine day - ((fine la sangat)) =.=


Bangun pagi, selak tabir - ku lihat dunia menangis.
Aku kira dunia ini setia bersamaku. Memahami gelodak jiwaku - kerana aku tidak mampu menzahirkan tangisku, makanya dunia mewakili aku. Terima kasih wahai dunia.

Setungkal apapun rasaku, kehidupan, tanggungjawab dan rutin harus seperti biasa.
Kerana yang ada di samping aku itu bukan orangnya yang menghempas kaca di hatiku. Aku minta maaf kalau wajah ini kurang manisnya, bicara juga kurang mesranya dan manja juga kurang rengeknya..

Aku mahu hari ini cepat berlalu. Cepat-cepatlah jam berputar kerana hatiku sudah tungkal, sudah sememeh, sudah berantakan dengan satu rasa. Jika esok itu diganda lagi aku kira aku akan berbahagia di hospital bahagia.

Terima kasih sayang, meski tidak pernah kau tau apa isi hatiku tapi tindakan mu selalu menebak tepat inginku... Di sinilah tempatnya hatiku akan tenang, resahku akan reda.

matahari itu malu-malu di balik awan. Terus sembunyi di situ sampai maghrib. Dan aku pun berlalu tanpa menikmati indahnya matahari terbenam di telan laut.

di laut ada kapal. kapal ada di laut.
'hidup tanpa ada kamu aku gila'
aku kira begitulah kapal dan laut. sebab memang gila kalau kapal ada di jalanraya..

Laut dan suara ombak adalah obsesiku.

Aku benar-benar tenang bila mendengar bunyi yang terhasil dari deruan ombak. Itulah muzik termahal dan termerdu bagiku. Aku ingin sekali menghabiskan masa di sini seorang diri. Duduk sendirian untuk menikmati semuanya tanpa gangguan. Insya'Allah aku akan datang lagi. Sendiri.


Thank you hubby kerana menjadikan hari ini singkat.
Kerana terlalu melayan perasaan, aku boleh terbaca nama burger tu Sakura Burger. Blur seketika cashier mcD tu... maaf la dek, bila hati gundah, mata boleh jadi rabun....

Sudah 10.13 malam.... cepatlah malam berlalu. Aku inginkan esok menjelma. Semoga esok bisa merawat hatiku.