Wednesday, June 6, 2012

lelah mengalah

mengalah itu satu perkara biasa buat aku.
mengalah dengan manusia.
mengalah dengan masa.
mengalah dengan keadaan.
malah mengalah dengan hati dan diri sendiri juga..

mengalah dengan manusia, masa dan keadaan bukanlah satu penyakit kronik pada aku..
biarlah, yang penting ada jalannya..

pada aku, mengalah pada seseorang yang aku sayang, tidak mengapa. asal dia tahu menghargai betapa tulusnya hati aku mengalah sebab tidak mahu merumitkan keadaan.
tapi bila aku mengalah beserta air mata, fahamlah bahawa aku sudah lelah mengalah!
kerana terlalu mengalah pada kehendak hati sendiri itu terlalu sakit sehingga tidak ada kata-kata yang mampu menzahirkannya kecuali tangisan..

serius, aku sudah lelah mengalah dengan kamu!