Sunday, June 10, 2012

in my mind...

dua minggu yang ditunggu sangat lama.
tapi dua minggu yang tidak ditunggu itu sangat sekejap.
pelik kan, padahal putaran masa tidak pernah berubah. kita diberi duapuluhempat jam sehari semalam. tapi kenapa ada masa cepat dan ada masa yang lambat?..
menunggu bulan Mei pada aku sangat lama.. tapi bila Mei itu hadir, rasanya seperti dua hari ja, sudah masuk bulan Jun..
oh, talking about May,.. sepatutnya aku share banyak perkara dalam bulan Mei yang pada aku bulan paling indah dalam hidup aku... anniversary, teacher's day and my birthday.. semua ada cerita manis. tapi aku ingat aku cuma sempat share the story about anniversary.. tak apalah, birthday tu memang manis tapi aku tak ada mood mau share everything hari tu. bila sudah berlalu terlalu lama ni, no idea pulak aku.. huhu..
anyway, thanks to hubby sebab bawa bercuti dari anniversary sampai la ke birthday. aku tau, hubby sentiasa mau bagi yang terbaik untuk aku walaupun aku ni pelik sikit pembawaannya.. hehe. aku rasa pertentangan sikap yang kami miliki inilah agaknya yang membawa kami bertahan sehingga empatbelas tahun berumahtangga.. thank you sayang atas kesabaran.. :-)

sejak friday aku ni not really in a good mood. berdebar-debar, susah hati, sayu, sedih. semua ada. lebih kurang macam orang sakit meroyan lepas bersalin tu.. haha! bila aku fikir-fikir, ohhh sebab mau balik kerja suda Isnin ni. aku bukan malas, cuma adalah perkara yang buat aku kureng sikit dengan tempat kerja.. huhu. mau pindah nda diluluskan.. buat kerja salah.. nda buat lagilah salah besar kan.. so, just follow the flow lah... sabar dan sabar dan sabar sajalah... aku masih sangat rindukan SKKS.. yang sentiasa dihati aku..
kawan-kawan aku yang memahami. yang selalu bagi nasihat bila aku silap. nasihat ya, bukan umpat..

tahun ini aku rasa performance aku not really into what i always perform..
sejak awal tahun, suku tahun hingga pertengahan tahun.
sebabnya banyak sebab...
environment memang salah satunya, the second ialah soal hati. dan soal hati itupun bercabang.
hati aku tidak hundredpercent bekerja di sini..
hati aku selalu tercalar dengan cakap-cakap dari mulut yang insurans sudah tamat tempoh.
dan hati aku sudah tak mampu juga aku fahami sekarang ini...

serabut aku!