Kata-Kata dari Zahiril Adzim ini sangat menyentap rasa.
tersindir.
terkesima.
Kadangkala, ada ruang - ruang kosong dalam hidup yang tak perlu kita selongkar. Biar ia tertutup rapat. Biar ia mampat dengan angin bergelimpangan di dalamnya. Tak tembus walau cuba dibocorkan oleh misteri, kenangan, harapan, kesedihan, kegembiraan, sejarah dan apa sahaja. Biar ia terus kosong, tertanam dalam kepadatan rutin - rutin tuntutan kehidupan melalui dosa - dosa lampau atau upah dari kebodohan sendiri.
Ia memang diciptakan begitu, yang sampai sudah kita tak mungkin bertemu jawapan. Bukan harapan, tapi inilah persoalan.
Tak kental.
Ya! kerana apa yang tersimpan sekian lama telah aku selongkar. tanpa berfikir sebab akibat dan kewajaran. tanpa penilaian. gopoh.
kini ia bukan saja harapan, malah persoalan. harapan dan persoalan.
yang aku sendiri tidak mampu menyediakan jawapan.