Monday, October 27, 2014

Hijrah

Aku pernah jatuh.

Belum sempat tersungkur, aku bangun.

Aku beri peluang pada diriku. dan dirimu.
Kau enggan. Kau masih memilih jatuh.
Aku beri papan untuk kau seimbangkan dirimu.
Kau akur.

Kau hilang.
Kau datang bawa kabar kau sudah mampu berdiri.
Syukur.
Tapi kau memilih untuk hilang terus.

Hijrah katamu.

Aku akur.
Kerana aku faham hijrah bermakna kehilangan.

Pergilah.
Jauh-jauh.
Jangan berani muncul sekalipun dalam mimpi aku.

Matilah kau di dasar hatiku bersama hasratmu.

Inilah hijrahku.
Lebih dasyat dari hijrahmu!