![]() |
The love of my life |
berbekal cinta dengan restu Allah, inilah kami pada hari ini.
Hari ini cuti. hujan sepanjang hari. hati pun sayu ikut cuaca.
suami dalam rumah berlegar-legar tapi aku masih rindu. sangat!
Bosan. buka PC aku godek semua gambar-gambar. bak kata Yuna, setiap gambar ada lagu. tapi gambar kami ada cerita ja.. ingat-ingat, aku senyum sendiri. Best! semua best. kenangan terindah.
Rasanya semua pasangan seperti kami. ada cerita gembira, cerita sedih, pahit dan manis dalam rumahtangga. Semua pasangan ada perancangan masa depan. Kami pun sama. aku bersyukur kerana suami aku seorang yang sangat rapi perancangan masa hadapannya. Alhamdulillah dalam setiap perancangan aku diutamakan (cewah!!). tapi tidak semua yang kami rancang berjaya. tak mengapalah kan, yang penting seiring masa berlalu dengan perancangan yang berjaya atau gagal, CINTA tetap mengiringi kami. Alhamdulillah. Penyerahan diri itu wajib sepenuhnya adalah pada Allah kerana yang membenarkan satu-satu perancangan itu adalah Dia dan yang mengaturkan perancangan buat hidup kita juga adalah Dia.
dan..
Jika Allah yang mengizinkan sesuatu itu, pasti Allah sertakan sekali rezeki-rezekinya. Dan jika dihadapan itu akan ada simpang-simpang dan jalan berliku, pasti Allah datangkan sekali jalan-jalan keluar buatnya.
Aku yakin di sinilah letaknya Siqqah pada Allah.. :-)
BILA KITA BERSERAH. ALLAH PASTI LUASKAN JALAN BUAT KITA. TAPI BERSERAH DENGAN USAHA. INSYA'ALLAH ALLAH ADA BERSAMA
Berkasih bercinta sampai ke syurga. Insya'Allah.