Wednesday, April 11, 2012

syukur... untuk semua yang indah dari Allah.

agak lama sudah aku rasa kami tidak keluar berdua seperti hari ni.. i mean lepaklepak and having heart2heart session. tidaklah sebenarnya heart2heart sebab kami memang share everything almost everyday. yang gembira, menyakitkan hati, bikin muntah mahupun yang mungkin mengguris hati (yang mengguris hati tu aku ja yang selalu buat.. ;-p). Lepas hantar kereta my dad-in-law, kami balik KK and singgah City Mall. Lepas ambil kad di Popular, kami rondaronda cuci mata tengok kasut di LSC.. errmm, gud news is LSC mau buat sale in this April.. tadi tu suda siap keluarkan semua kasut yang akan dijual murah... oh, harapharap Adidas and Nike tu merundum harganya, so boleh belikan Iqa.. diakan sudah perawan, takkan mau beli jenama Barbie lagi kan?..
Lepas tu kami ke Tanjung Aru Beach... so here kami lepak aja tepi pantai menguyah segala jeruk buah, jagung mayonis and kacang rebus.. dan untuk pertama kalinya makanmakan ni dia lupa Iqa.. tidak sebut langsung pun.. so i guess dia pun rindu lepak dengan aku berdua macam tadi.. peliknya, kami makan dan kurang pulak bercerita hal kami.. psstttt! kami mengumpat! haha.. semua lah jenis manusia yang ada di depan kami tu kami hujahkan... siap buat assumption lagi sama ada couple tu hubby-&-wife atau bercinta.. sampaikan ada dua orang wanita dewasa, dua kanakkanak dan satu lelaki pun kami sibuk mencari perkaitan antara semua orang dalam group tu.. hoho,.. melebih betul!
dan nasib baik hujan, kalau tidak.. bukan lagi berbakul.. aku kira bertong-dram dosa kering kami dapat tadi...
lepas tu kami balik lah sebab aku belum siapkan props untuk action song aku esok... plus, aku kira sudah seharian kami berjalan, penat juga lah...

walaupun aku banyak buat observation tentang orang-orang tu, aku tetap menikmati laut itu... tengoklah awan, seperti ia melindungi laut dari segala ancaman kan?.. hakikatnya, ketika laut ini tenang dilindungi awan,  di laut yang lain sedang berlaku gegaran yang amat menakutkan... masya'Allah....
syukurlah, kerana ketika aku menikmati indahnya laut dan awan itu, aku dilindungi Allah dari segala bencana. syukur juga kerana ketika itu aku bersama orang yang menyayangi aku. pastinya, jika ada bencana, dia tidak akan lari menyelamatkan diri sendiri...
syukur juga kerana Allah berikan mata untuk aku menikmati keindahan petang tadi...