Friday, November 25, 2011

Puding Roti Bersos Kastad

meskipun emosi aku berantakan, puding ini hasilnya amat memuaskan hati.. *ececeeeh....
Hari ini kan hari jumaat, minggu depan hubby akan bercuti sakan, so puding ini aku buat untuk staff hubby..
o ya.. aku dapat resepi ini dari resepi masakan hotel 5 star.. ok, mari share...


PUDING ROTI DENGAN SOS KASTAD
by: hairul.com

A
800ml susu segar
10 biji telur
220gm gula pasir
1 sudu teh perisa vanilla

B
2 buku roti (yang pendek)
1 buku butter
sedikit kismis (potong kecil-kecil)

Putar semua bahan A sehingga hancur keseluruhan gula dan ketepikan.
Griskan loyang dengan butter. Sapu butter pada roti depan dan belakang kemudian susun ke dalam loyang. Ulang proses ini sehingga 2 lapisan roti yang disusun rata. Setiap lapisan taburkan dengan kismis. Untuk lapisan ketiga, roti yang telah disapukan mentega dipotong dua dan disusun menyerong dan bertindih. Sila rujuk gambar ini untuk kepastian. Taburkan lagi kismis dan setelah itu tuangkan bahan A ke atas roti yang telah disusun tadi.
Panaskan oven 150 darjah celcius. Bakar roti dengan kaedah steam bath selama 45 minit - 1 jam.

SOS KASTAD

200ml susu segar
4 sudu susu pekat
1 sudu teh perisa vanila
1 sudu makan tepung kastad

Didihkan susu segar, susu pekat dan esen vanila.
Cairkan tepung kastad dengan sedikit air.
Apabila susu suda mendidih, matikan api dan tuang kastad perlahan-lahan sambil dikacau sehingga sebati.

selamat mencuba... :-)