Buku ini adalah sambungan bagi novel terdahulu, Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu.
Membaca buku RAM benar-benar membuatkan emosi aku herot berot.. minda bagai dijajah dengan setiap jalan cerita yang membawa kepada permainan perasaan... bercampur baur.. takut, lemas dan sedih...
Aku bukan peminat penulis lelaki.. sebab pada aku lelaki menulis kurang 'feel' dan pastinya bila lelaki menulis ceritanya tentulah khayalan yang bukan-bukan... terus terang, membosankan... tapi RAM adalah satu-satunya penulis lelaki yang melekat dalam hati aku.. misalnya Ungu Karmila, Tumbiruo.. watak lelaki penyayang digarap dengan baik sekali... apatah lagi Trilogi Novel Bagaikan Puteri ini.. aduh, watak Saifuddin @ Laksamana Sunan benar-benar membuat aku jatuh cinta khayalan... terfikir, adakah lelaki seperti Saifuddin di dunia ini???
Saifuddin pada aku bagaikan makhluk Allah yang paling sempurna di dunia ini... baik wajah dan tingkah laku...
Kepada RAM.. teruskan melahirkan karya yang bermutu.. aku bangga kerana kamu anak Sabah.. tidak ramai anak Sabah yang berjaya dalam bidang ini setaraf dunia...
sebagai manusia, aku sayang padamu... =.=
p/s: to readers, nanti saya selesai baca sambungan Cinta Sufi, Sutera Bidadari.. saya janji akan upload keempat-empat edisi ya.... (khas untuk yang tidak tahu, yang sudah tahu sila abaikan notis ini...)