Seorang sahabat aku kehilangan suami tercinta tiga minggu yang lalu.
Aku dapat menyelami perasaannya. Dia begitu akrab dengan suaminya, sepatutnyalah kehilangan amat merobek hati.. sedangkan pasangan yang tidak pernah aman kehidupan setelah belasan atau puluhan tahun hidup bersama pun pasti akan merasa sedih jika yang pergi itu namanya pasangan hidup.. apatah lagi jika hubungan suami isteri itu terlalu akrab bagai lailamajnun, udadara atau romeojuliet.. pastilah kehilangan sukar diterima.. jika tidak mengenang murka Allah, tentu saja bunuh diri menjadi pilihan utama....
Namun sahabatku ini tabah dan teguh hatinya... Manakan tidak, dia masih boleh berikan aku senyuman manis bila kami berpapasan.. masih boleh memberikan gurauan ringan bila kami bercakap... sungguh, dia melawan rasa rawan disebalik senyuman yang nyata tidak dibuat-buat...
Aku banyak memikirkan sahabatku ini bila aku bersendirian di rumah.. mungkin kerana aku tahu dia juga bersendirian di rumah.. dia hanya dikurniakan satu permata hati, dan yang satu itu jauh bermilion batu.. merentas laut China Selatan, naik belon, baru boleh jumpa.. jadi aku dapat bayangkan betapa sunyinya hidup sahabat aku ini... dia orang beragama, tentulah Subuh, Maghrib dan Isya'nya dahulu berimamkan suami tercinta.. kini?... semua sendiri... makan juga sendiri.. (menulis ini saja sungguh menerbitkan rasa sayu dan sedih dalam hatiku) apatah lagi dia yang melalui kehidupan serba baru ini sendirian... Bila aku makan, aku solat dan aku baring untuk tidur, dia saja yang aku ingat...
manakan tidak... aku makan, solat dan baring berteman... sedang dia terpaksa menjalaninya sendirian.. itu banyak menginsafkan aku... dahulu, sebelum peristiwa sedih ini terjadi, aku banyak mengabaikan abang... bila abang ajak aku solat berjemaah, aku suruh abang solat dulu.. sebab aku mau habiskan slot drama indon di TV, bila aku mengantuk, aku tidur tanpa tunggu abang... abang peluk, aku bertahan lima minit, kemudian aku cakap tangan abang berat... (sungguh kejam kan..).. bila sahabatku ini kehilangan satu-satunya lelaki yang paling rapat dalam hidupnya, aku seakan tersedar dari kelalaianku... padaku, kehilangan adalah satu perkara yang menyakitkan dalam hidup... tapi kehilangan disertai dengan penyesalan mungkin paling tersakit kan... jadi aku bertekad cemerlang untuk mengubah apa yang patut aku ubah... supaya nanti aku tiada penyesalan jika Allah menguji aku dengan perkara berkaitan kehilangan ini.... Aku percaya, sahabatku ini tiada penyesalan dalam hidupnya kerana aku percaya dia seorang isteri yang sangat baik... sangat taat... dan beruntunglah dia kerana dia dikurniakan sifat terpuji sebagai seorang isteri... pasti arwah suaminya sangat berbangga mempunyai isteri sepertinya..

Ya Allah, Engkau cucurilah rahmatmu kepada arwah suami sahabatku itu. Engkau tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman. Juga, Engkau tabahkanlah hati sahabatku itu, supaya dia beroleh ketenangan hati...
Ya Allah, Engkau jadikanlah aku sebaik-baik wanita yang menyenangkan hati suamiku. Engkau jauhkanlah kami berdua dari segala kemungkaran, kecurangan serta cemburu buta. Jadikanlah kami suami isteri yang sentiasa berkasihsayang di bawah rahmat dan hidayahmu. Kekalkanlah rumahtangga kami ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah maha pemberi dan segala kebaikan datang daripada Mu jua..
Amin.
sayang, semoga kita terus bahagia, insya'Allah...