Tuesday, June 28, 2011

saat terakhir...



lagu ini amat menyentuh perasaan aku....
Membaca entry Ida Madiha ini amat meruntun perasaan..
aku juga pernah kehilangan lelaki paling aku sayang dalam hidup aku... Arwah bapa juga meninggalkan aku dalam keadaan aku sangat tidak bersedia.. tambahan lagi masa tu tinggal sebulan saja lagi aku akan berkahwin..
sudah tigabelastahun aku kahwin, means, suda tigabelastahun juga arwah bapa meninggalkan aku..
walaupun sudah lama, perawakan dan wajah bapa masih jelas dalam ingatan aku...
seperti aku tidak lupa betapa ada manusia bodoh yang menyalahkan aku atas pemergian bapa... dan manusia itu kekal bodoh dan bongot pada fikiran aku.. hingga hari ini....



"dalam satu jam kita boleh jatuh cinta pada seseorang.. namun untuk melupakan kita memerlukan seumur hidup untuk melakukannya"...


pesan ini buat aku..

hargailah dia sementara Allah masih mahu meminjamkan dia... =.=

ya.. melihat orang lain kehilangan orang yang paling rapat dalam kehidupan mereka, benar-benar membuat aku insaf.. betapa aku sangat mengabaikan perasaan dan kehidupan orang yang paling dekat dengan aku....