Monday, June 27, 2011

Nora Elena vs Kasih Yang Suci

                                                the drama                                  the novel

berbanding novel English, aku hanya perlukan tiga hari untuk habiskan novel melayu ni.. (the last english novel i spent about 10 days to finish).. :-|
plus, novel ni aku pinjam dari Kak Maslan, jadi aku harus baca lajulaju sebab ada dua calon menunggu untuk baca...

ok, selalunya aku lebih suka baca novel dari tengok novel yang didramakan / difilemkan... misalnya The Twilight Saga.. aku lebih suka baca novel dari tengok filem.. Harry Potter lebih thrill dibaca daripada tengok filem yang agak boring padaku... ermm... itu sajalah contoh yang aku ada setakat ini...
tapi, Nora Elena ni pada aku lebih bagus dari Kasih Yang Suci..

sebab..

cerita dalam drama lebih menarik dengan adanya Aaron Aziz..... *yangsebenarnya...

Benarlah ia adaptasi longgar kerana banyak cerita yang tidak sama.. tapi masih berpegang kepada isi sebenar cerita ini iaitu Seth Tan merogol Nora Elena sepuluh tahun yang lalu dan memang mahu bertanggungjawab selain memang ada rasa cinta dihatinya.....

Saranan saya, sesiapa yang minat membaca, silalah beli buku ini, tapi kalau tak suka membaca, silalah tengok di tonton.com.my...
tapi kalau minta pendapat saya, saya lebih suka drama sebab Aaron Aziz sungguh menyelerakan mata saya...