Thursday, May 14, 2009

hari hati sayu...

Tak akan ada sesiapa pun yang akan faham tekanan perasaan yang aku alami bila terpaksa hidup berjauhan dengan orang yang paling aku sayang dalam hidupku... Aku terpaksa menjadi kuat demi kelangsungan hidupku.. Bila aku ditimpa kesedihan begini aku harus meyakinkan diri bahawa aku masih disayangi Allah, maka aku diberikan dugaan ini.. Allah mahu aku menjadi manusia, wanita dan isteri yang kuat menghadapi dugaan hidup... Syukurlah Allah meminjamkan aku lelaki yang paling baik di muka bumi ini untuk menjadi penawar setiap kelukaan hatiku hasil robekan orang-orang yang tak berhati perut...!
Walaupun dia jauh, hijab tetap tertembus, dan aku menjadi manusia yang redha...