Selera menulis hilang akhir-akhir ini membuatkan ruang ini sepi. sepi. sepi.
Well, aku masih mencatat kisah hati, pedih hati, riang hati aku di lembaran putih dengan pen hitam hadiah dari Bandung dari Kak Afidah. Entah, melarikan pena lebih membahagiakan dari mengetuk papan kekunci lappy ini... atau aku sudah malas on lappy sebab lebih mudah online dengan tab aku..
Apapun alasan, tidak penting ba tu.. ;)
Anyway, hampir dua bulan 2014 beredar, aku masih macam ini juga. Banyak lagi kerja aku belum settle. Banyak lagi data belum key in... SAPS belum update, SPPBS entah apa cerita, papan2 kenyataan under pengurusan aku masih kosong dan aku lebih banyak berfikir dan habiskan masa dengan lesson plan dan buku-buku pelajar aku. Cuma yang paling aku kagum dengan diri aku, murid Tahun 1 Terbilang aku ajar sudah boleh membaca. Ya Allah, inilah hasilnya aku bergabung meletop mencedok ilmu dari Madam Maria for about 3 years ago. Walaupun aku pernah bergaduh, menangis, benci tahap langit ke 7 dengan Maria dulu, sekarang aku bersyukur yang sangat-sangat bersyukur sebab aku yang bengap ajar reading pada budak-budak tahun 1 boleh dapat feedback sebagus ini kurang dari 60 hari. Bangga? haruslah ba kan...
Sahabat karib aku masih yang terbaik dalam hidup aku. Kak Azlinah dan Izza tetap sahabat sejati dunia akhirat. Tuty dan Zila sahabat yang baik dan aku harap kami semua akan menjadi sahabat yang saling mengerti dan membantu dalam apa keadaan pun.
Famili kecilku tetap seperti dulu. Saling menumpahkan cinta dan sayang antara kami bertiga tanpa sempadan. Aku berdoa Allah sentiasa memberkati kehidupan kami.
Adek sudah kahwin, Loy coming soon, Atin insyaAllah kalau ada jodoh... Aku harap ibubapa aku dan semua adikberadik aku sentiasa berada dalam lindungan Allah. Diberi kebahagiaan dan rezeki yang melimpahruah. Happy thing, adik aku Ida sudah dapat kunci rumah baru dan insyaAllah dalam masa terdekat akan pindah masuk rumah baru. Allhamdulillah. Another impian Ida sudah tercapai. Semoga semua impian-impian mereka sekeluarga akan Allah makbulkan selepas ini, insyaAllah..
Impian aku?
Pandora baru ada dua set... mau lagi!