Dunia baru ini amat menekankan.
Aku kira setiap hari aku macam pencuri yang mahu lekas saja geraknya supaya gerakan tidak lewat dan tidak kedapatan.
Huhu kesian diriku yang terlalu manja dengan limbai ala miss world berjalan ke kelas selama empat tahun kini harus lari laju untuk tujuan yang sama... sebab, terlewat seminit, pen menari berkilometriko jauhnya di atas kertas diari coklat muda!
Ya Allah beri aku kekuatan menghadapi perubahan angin ini.
Beri aku hati yang cekal untuk ikut sama kekuatan angin ini.
Aku suka angin baru ini, cuma mungkin terlalu drastik dan aku terlambat bersedia.
Mula esok, jadual bangun pagi harus berubah.. WAJIB BANGUN SEAWAL 4.30, okay?...
okay, chaiyokchaiyok!!!!