Saturday, September 14, 2013

Pahat tak berhenti...

Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi.

Selalukan dengar peribahasa itu.
Entah kenapa kan manusia suka bercakap tentang perkara yang sudah berlalu.
Dari sebelum sampai selepas macam tidak cukup mulut mau bercakap.

Well, benda ni lama sudah, tapi aku baru rasa mo tulis... sebab dengan nasihat the bestfriend of mine, biar sajalah.. sebab lama-lama nanti berhenti. Ya, aku memang sudah melupakan tapi kemarin ada satu hamba Allah yang bengot ni tanya aku soalan macamlah aku ni makan duit haram!

Walaupun aku ni tidak kaya gila-gila macam kau, aku masih mampu hidup dengan gaji yang aku ada. Setakat RM45 tu.. aduhai tak lah aku ni temberang ya,.. dihujung kuku pun aku tak heran ba tu. Ko tanya aku macam aku kebulur kan kalau tiada RM45 tu. huh!

Entahlah kadang-kadang aku rasa susah betul berurusan dengan manusia-manusia otak kerek ni. Yang perasan bagus. Perasan pandai. Perasan hebat. Go to hell la dengan perasan korang tu!!

Anyway, di FB tadi pagi aku jumpa ini...


Apabila seseorang berkomunikasi dengan seseorang yang tidak beradab disebabkan mentalitinya kurang atau bodoh, antara langkah yang disarankan oleh Imam Shafi'i adalah tidak memberi respon dan jawapan terhadap kata-kata, tuduhan dan cacian yang dilontarkan kepadanya. Imam Shafi'i membuat suatu analogi yang cukup indah melalui syairnya (cite) iaitu:


"Berkatalah sesuka hatimu untuk menghina kehormatanku. Maka diamku dari orang yang menghina adalah suatu jawapan. Bukanlah ertinya aku tidak memiliki jawapan, tetapi tidak pantas bagi seekor singa melayani kerenah anjing-anjing".



Senyum tak perlu kata apa-apa!