Monday, February 11, 2013

Tempurung Seaside Lodge

Some said, it's a mirror of paradise...

Pastinya syurga Allah itu tidak terbayang indahnya.

Idea percutian ni datang tiba-tiba masa aku google gambar sunset terbaik di dunia. Blogger tu tulis TSL is the best place to view sunset... malam tu aku cakap dengan hubby, then request LULUS! Esoknya dengan segera aku call opis durang buat booking. Tapi tekejut juga sebab masa surf aku tengok pricenya RM135.. sekali RM135 untuk 1 pax rupanya.. aku wassap hubby mo tanya boleh ka tidak but no respon. tengari he replied and cakap nnt bincang di rumah.. masa tu sedih sudah aku sebab aku agak mesti hubby keberatan dengan bayaran tu. Malam tu aku explain, RM135 dengan lunch, dinner and breakfast and sedikit penambahan cerita penyedap suasana supaya hubby agree...
so inilah hasilnya pujukan maut aku tu... ;))


 bbq di sini mesti best kan...

 Subhanallah... indahnya ciptaan Allah. aku sangat tidak bosan memaku mata ke lautan luas sambil dengar bunyi ombak.

 cantik. cantik. cantik.

Alhamdulillah, makanan yang dihidang sangat tidak mengecewakan.
Jangan risau, halal dan tukang masak and staff di sini muslim.
cuma ada bar di sini sebab tempat ini ramai pelancong.

Selepas lunch, kami berehat di bilik. Nasib baik aku bukan peminat TV, sebabnya dalam bilik tiada TV. So aku dan Iqa duduk di beranda baca novel.. petang hubby bangun then kami ke pantai...


Aku ni kita handal jugak cycling.. tapi entahla mana silapnya, masa mo buat U-turn, aku jatuh.. hubby and Iqa ketawa dulu 17 beats baru tolong aku.. jahat!
Basikal ni sewa RM15 untuk satu jam.

selain berbasikal, aku rasa mandi laut pun best.. tapi aku tidak suka mandi laut sebab takut pasir melekat di badan.. Siap ja berbasikal tu, hujan pulak sekaligus menghampakan hati aku yang mau tengok matahari terbenam... tak apalah, bukan rezeki kan...
So kami naik atas sekali and lepak di situ. Aku cerita dengan Iqa masa aku seumur dia, tempat aku di rumah ja.. kemas rumah, lipat kain and paling bangga aku sudah pandai masak di usia 14-tahun. Hubby cakap Iqa akan pandai semua tu kalau aku percaya Iqa.. percaya kemampuannya. Ya, kerana aku masih memandang Iqa si cilik 7-tahun meskipun tinggal empat tahun lagi, gadisku itu akan melangkah ke universiti, insya'Allah... ya la.. lepas ni aku akan percaya kemampuannya menghidupkan api di gas!

Hujan lebat masa tu menerbitkan rasa lapar pulak so kami ke cafe and minum kopi and makan toast bread seorang dua keping! Balik bilik then dinner jam 7.30. Lepas dinner balik bilik dan di sinilah kerinduanku pada bantal dan katil ku terasa... Sebabnya kami dapat bilik twin beds + 1 extra bed untuk Iqa. Aku pulak tidak sampai hati Iqa tidur di bawah, so aku bagi katil aku pada Iqa dan aku kongsi katil dengan hubby.

Pagi, lepas breakfast, kami terus check-out dan pegi Menumbok. Dan kali ini aku teruja mo naik feri besar pegi Labuan....


dan akhirnya, lengkaplah sudah diriku sebagai anak Sabah kerana semua daerah dalam Sabah sudah selesai aku lawat..

Percutian ini meski singkat sangat membahagiakan,....
kerana hubby memang sentiasa membahagiakan aku.
semoga teruslah dan kekal begitu kasih sayangmu sayang....

Thank you for this wonderful trip....