..menyesal jadi guru.
menyesal kawin awal.
menyesal pindah tempat kerja.
menyesal melukai perasaan orang lain...
kalau disusun, banyak lagi penyesalan yang sudah aku catat dalam buku nota-hati aku.
Sehingga singgah satu insiden yang buat aku muhasabah semua penyesalan ini.
Setelah empat bulan belajar untuk memanusiakan manusia, aku dapat surat tawaran jururawat yang memang aku cita-citakan sejak tingkatan dua. Masa tu penyesalan memang beraja-raja dalam hati. Mana tidaknya, tawaran belajar tu di Tawau, tanah tumpah darahku yang di situ ada tertinggal buah hatiku.
Lima bulan terakhir di kolej, aku terima cinta seseorang yang aku anggap bertuah la sebab hati aku degil selama dua tahun untuk serius dengan sesiapapun... dan, seawal dua-puluh-dua tahun aku sudah jadi puan. tidak ingatlah berapa lama, tapi setelah tahu isipadu dalam rumahtangga, ada sesal di situ... aishhh!
Sembilan tahun di SKKS, akhirnya aku pindah ke SKPP. Happy enam bulan, selepas itu, ya Allah, menyesal aku pindah...
Selepas tiga-belas tahun, aku jumpa orang yang aku khianati hatinya... masa itu, sesalan yang datang atas kesilapan masa lalu seperti tsunami, seperti ribut greg, seperti taufan... Ya Allah, setahun aku dalam kondisi penyesalan yang dasyat tu... GILA!
Insiden ini benar-benar buat aku berfikir seperti profesor...
Tawaran jururawat lewat empat bulan sebab aku memang ditakdirkan menjadi guru. Kalau aku study di Tawau, aku tak akan jumpa lelaki terbaik kiriman Allah buatku...
Kasih sayang hubby untuk aku sangat besar dan kawin awal itu memberi peluang kepada aku merasai nikmatnya hidup disayangi sepenuh hati tanpa prejudis dan syarat.. sebabnya tiada sesiapapun yang mampu berikan aku kasih sayang polos begitu.
Sekarang aku mulai faham.. mengapa Allah berikan jalan takdir begitu untuk aku..
Kehidupan remaja yang langsung tidak seronok tanpa kasih sayang dan perhatian.
Cita-cita tidak kesampaian dan cinta terbengkalai.
Semuanya hanya kerana Allah mahu aku rasa kesusahan, kesedihan dan keperitan sebelum Allah kurniakan aku nikmat kehidupan yang sebenar melalui seseorang yang Dia percaya paling tepat untuk menyalurkan semua kenikmatan itu untukku....

"Tidak diberikan sesuatu itu sia-sia. Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah."
bila Allah makbulkan doa kita, bersyukurlah.
bila Allah lambat tunaikan, bersabarlah.
bila Allah tidak tunaikan, percayalah Allah merancang yang lebih baik untuk kita.
bila lama bersabar dan dikurniakan yang tidak seperti kita harapkan, mungkin kita tidak layak sebab kita tidak sebaik yang kita harapkan...
hanya Allah yang tahu...
terimalah dengan redha apapun takdir kita!