Kata-kata ini aku tujukan buat wanita yang mahu aku kongsikan ceritanya di sini...
****************************************
~ dia biasa-biasa saja orangnya. bukan kategori cantik tapi sedap mata memandang. dia positif. selalu optimis. semua perkara mahu dijadikan mudah supaya tiada tekanan. i can say dia tidak suka tekanan dan dia sangat jarang bersedih. sedihnya selalu dipendam dalam hati dan hanya orang yang mengerti dia akan tahu hatinya. tapi dia cekal. dia tidak mudah mengalah kalau dia benar.
She's in LOVE. cinta mati. cintanya pada lelaki itu bukan kepalang. cinta pertama yang kalau boleh mahu diheret bersama ke alam syurga. dia juga sangat dicintai. saling mencintai menjadikan mereka pasangan yang bahagia meskipun tidak dapat dinafikan gelora pasti datang membadai. tapi apalah hebatnya badai itu berbanding cinta mereka. malahan badai yang membawa mereka hanyut. mereka hanyut. hanyut.
kerana terlalu sayang, dia terlalu menjaga hati cintanya. tak mahu si cinta rawan. tak mahu juga dia bersedih dan tersinggung. peliknya, semakin dia menjaga hati si cinta, semakin si cinta banyak terluka. semua tidak kena, baik perlakuan mahupun perkataan. tiadalah kata lain selain maaf dan maaf dan maaf yang pinta dari si cinta. semakin merendah diri, semakin banyak si cinta senaraikan ketidakpuasan hati. tapi wanita itu tetap bertahan kerana sangat cinta dan tidak mahu kehilangan. semua dia terima dan telan bersama kata maaf dan maaf dan maaf tanpa jemu. bolehlah dikatakan percintaan yang sangat manis pada mulanya itu tidak lagi bersulam kata cinta dan rindu melainkan permohonan maaf semata-mata.
sehingga pada satu hari, si cinta telah melakukan kesilapan yang amat melukakan hati si wanita. rawan hati si wanita hanya Allah yang tahu. seperti tidak lagi mahu bernafas di bumi Allah ini kerana terluka hatinya. setelah bermuhasabah diri, dia positifkan diri dan nekad berpisah. keputusan disuarakan kepada si cinta. si cinta menangis. katanya sangat mencinta wanita itu dan tidak bersedia mahu kehilangan. rawan hati wanita dengan tangisan si cinta. merapuh hatinya. dia yang cekal akhirnya lemah. kerana hakikatnya dia juga tidak bersedia kehilangan si cinta. wanita memaafkan dan menerima apa saja kerana CINTA dalam hatinya masih kuat.
satu hari menerusi teks pesanan ringkas,
cinta, kamu rindu aku?
kamu rasa?
mana aku tahu. itukan hati kamu. (dengan gurauan wanita menulis tentang kesilapan si cinta yang kemarin itu)
maka berjelalah teks balasan dari si cinta tentang itu dan ini yang sangat menakutkan hati wanita. berderet pesanan dihantar si wanita memohon maaf. tiada balasan. akhirnya wanita pasrah dan memulangkan semua keputusan kepada si cinta andai benar tiada lagi rasa cinta dan rindu untuknya. teks itu berbalas. tapi bukan memujuk malahan bertambah genting.
rawanlah hati wanita. maka berjela lagi teks dihantar menyatakan penyesalan. memohon maaf. merayu jiwa. akhirnya si cinta minta diberikan waktu untuk muhasabah diri. wanita beralah dengan harapan cinta masih cinta kepadanya kelak setelah ketenangan diperoleh. ~
***********************
sometimes you can mean nothing to someone who means so much to you
terpuruk harga diri demi mempertahankan cinta.
namun tiada hak manusia lain untuk menghukum kerana perasaan itu milik peribadi.
sangat menyakitkan bila merajuk tidak dipujuk tapi kena memujuk.
itulah maksudnya, kadang-kadang kita tidak membawa apa-apa makna pada seseorang yang sangat bermakna kepada kita. bukan tidak mencuba untuk tidak peduli, tetapi membohongi diri sendiri lebih pedihkan perasaan dari dibohongi orang lain... untuk itu, harga diri dipuruk biar buruk asal cinta dapat dipertahankan..
persoalannya, berbaloikah andai hanya engkau yang berentap berhempas pulas sedang dia terus terusan dengan egonya?... air matamu sikit pun tidak ada erti pada dia. sikit pun tiada kata memujuk untukmu.
kau fikirlah wahai wanita...
sangat menyakitkan bila merajuk tidak dipujuk tapi kena memujuk.
itulah maksudnya, kadang-kadang kita tidak membawa apa-apa makna pada seseorang yang sangat bermakna kepada kita. bukan tidak mencuba untuk tidak peduli, tetapi membohongi diri sendiri lebih pedihkan perasaan dari dibohongi orang lain... untuk itu, harga diri dipuruk biar buruk asal cinta dapat dipertahankan..
persoalannya, berbaloikah andai hanya engkau yang berentap berhempas pulas sedang dia terus terusan dengan egonya?... air matamu sikit pun tidak ada erti pada dia. sikit pun tiada kata memujuk untukmu.
kau fikirlah wahai wanita...