Wednesday, July 4, 2012

mana hatiku?

Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza

sempit hati aku bertambah sempit bila aku dengar lagu ini.
entah di mana hilangnya aku yang sangat kuat hatinya. yang sangat kental jiwanya. yang sangat ampuh perasaannya dari terbuai dengan segala keremehan hidup.
kemampuan aku untuk bertahan dengan satu keputusan seperti yang selalu aku buat sudah mencair. tumpah. meleleh. kekuatan selalunya datang tanpa aku cari. kali ini kekuatan hilang. aku sangat rapuh.
hati dan zahir tidak lagi tele. sangat sakit bila zahir dan batin tidak seiring kerana itu satu pembohongan paling besar pada diri sendiri.
hidup ini pelik. dugaan barangkali. 

Ya Allah, berikanlah kekuatan itu kepadaku.
agar tiada penyesalanku dikemudian hari.
Kau telah memberikan aku lebih dari yang aku harapkan dalam hidupku, jadikanlah aku manusia yang tahu ertinya syukur.

kembalilah hati ku ke pada ku.. =.=