Sunday, April 1, 2012

i had it enough!

aku tidak tergolong dalam orang-orang yang penyabar.
tapi aku sabar pada ketika aku boleh bersabar.
selama ini, bukan aku tidak pernah tersinggung atau terasa hati.. meski pada kamu itu tidak lebih dari gurauan semata-mata. tapi ingatlah, meski sesabar mana manusia itu, dia tetap manusia yang rapuh hatinya. seperti aku, walaupun aku kelihatan tidak kesah dengan apa-apa yang kamu luahkan, aku tetap manusia biasa yang boleh tersinggung hatinya. cuma rasa hormat aku pada kamu membuatkan aku pekakkan telinga, batukan hati terhadap statements kamu yang aku rasa lagi berbisa dari sengatan tebuan. bengkak akibat sengatan itu akan surut dan sakitnya hilang, tapi kata-kata kamu yang dari dulu aku simpan dalam benak fikiran aku ini, percayalah, koma dan noktahnya pun aku tidak boleh padam dari kotak memori aku.

kamu tau, apa yang kamu cakap itu, sebenarnya isu basi pada aku. tapi sebasi mana pun, terus terang, aku tetap tersinggung. sangat tersinggung!
kamu relax lah ya... aku akan cari jalan akan impian kamu terlaksana...
tapi bila impian itu terlaksana, aku harap kamu puas hati sebab pada ketika itu, aku akan pastikan aku tidak lagi sebahagian dari kamu.
cukuplah kesabaran aku selama ini. 
kerana menjaga hati kamu, aku sudah selalu sangat abaikan hak orang-orang yang juga berhak disekeliling aku. malah aku sanggup abaikan dan buat buta tuli pada permintaan manusia yang syurga aku pada di telapak kakinya. semua kerana aku perlu menjaga hati kamu. kamu yang pernah buat jasa besar pada aku. tapi sekarang aku mula terfikir... perlukah kerana jasa kamu itu aku terus menerus serahkan hati aku ke kamu untuk disimbah asid???????????

YOU TELL ME!