Wednesday, January 11, 2012

.kecewa.

setelah berhari-hari memujuk perasaan, hari ini tercakap juga...

umi benar-benar kecewa dengan iqa..
sorry, sepatutnya umi faham kehendak iqa, tapi umi juga ada hak kerana umi mahukan yang terbaik untuk iqa. kalau umi mampu menjadi iqa selama lima minit, umi ingin sekali buat begitu, supaya umi tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran iqa... sebenarnya umi bingung bila iqa bersungguh-sungguh avoid masuk kelas aliran agama. iqa cakap Bahasa Arab susah, kenapa susah? umi hantar iqa sekolah agama selama enam tahun, plus di sekolah akademik iqa pun belajar Bahasa Arab.. terbukti iqa lulus juga peperiksaan SRU kan?... apa masalahnya sebenarnya sayang?????
ok, mungkin umi silap, sebab umi tidak explain dengan iqa kenapa umi mahu iqa masuk kelas aliran agama... rasanya untuk explain sekarang sudah terlambat, sebab iqa sudah pun masuk kelas akademik biasa... sebab rupanya iqa langsung tidak mahu ambil kertas ujian bahasa arab tu... sungguh-sungguh ika mengecewakan umi... T___T

tak apalah, umi terima keputusan iqa... walaupun hati umi tersangat sakit dengan keputusan iqa. umi harap iqa akan terus menjadi anak yang baik kepada umi dan abah. mendengar kata dan pandai memilih kawan. umi harap selepas ini tiada lagi keputusan iqa yang melukakan hati umi.