Monday, January 9, 2012

.emosi.

dulu..
aku fikir emosi itu hanya mainan perasaan yang boleh dikawal dengan mudah.
memang... aku jarang kalah dengan emosi kalau hanya melibatkan hal yang remeh..
aku dicakap orang, so what?
begaduh dengan hubby? alah.. setengah jam nanti sudah sejuk mesti ketawa balik...
bestpren aku mengelak dari tengok mata aku?... biarlah, nanti sudah ok, mesti dia akan sms aku..
-semua hal akan ada penyelesaiannya pada aku.. dan hati aku selalu pujuk aku..- don't worry too much!
tapi bila aku menangis, yes, itulah masanya aku tahu bahawa emosi aku benar-benar tercalar..
di SKKS, Amlina adalah sahabat aku yang paling memahami.. tapi juga paling sensitif hatinya.. pernah dia mengelak dari bercakap dengan aku, ignore phone-call aku.. aku menangis hanya sebab Amlina.. perempuan yang hanya berstatus kawan-baik dengan aku..
aku menangis sebab aku sayang Amlina...
iya.. perasaan sayang akan cepat buat aku terguris rasa...
tapi bila ada masanya aku tak sebulu dengan hubby, jarang juga aku menangis.. haha! tak mungkinlah sebab tidak sayangkan dia kan?... mustahil pula aku sayangkan Amlina lebih dari hubby, :-D

bila aku dilanda emosi, ia sebenarnya jarang mengganggu rutin harian aku..
berselisih faham dengan hubby sebelum pegi kerja, aku masih boleh mengajar seperti biasa.. bergurau senda lagi dengan little darlings aku dalam kelas... berketawa besar lagi dengan bestpren aku kak azlinah.. siap breakfast dengan cemerlang lagi di kantin... kenyataannya, berselisih faham dengan hubby itu hanya seperti aku kehilangan sekeping not rm10...
tapi... emosi berkaitan rindu ini sangat sangat sangat mengganggu hari-hari aku!
aduhaii... kalau rasa rindu ini menghentam perasaan aku selama tigaratusenampuluhlima hari dalam tahun ini, aku jaminlah peratus paper Bahasa Inggeris Tahun 2 & 3 tahun ini akan merundum merosot! sebabnya.. aku tak mampu memberikan yang terbaik untuk murid aku... buktinya saja 4 hari sesi persekolahan ini, aku belum lagi dapat mepersembahkan sesuatu yang menarik minat anak-anak itu untuk belajar English! ya, aku kejam dan tidak berlaku adil kepada anak-anak itu... tapi emosi ini bukan aku cipta, ia datang sendiri sehingga membuatkan aku biul!....

murid-murid... silalah tampar teacher laju-laju! huhu!!!...

sadisnya, tadi meeting dengan  Maria, aku tak tahu satu apapun dia cakap.. sampai tahap itu kosongnya fikiran aku!

emosi, sedar diri...
pergi dari hati saya bila masanya saya tidak perlukan kamu...
dan sila kembali hanya bila saya bukan dalam area 'working-hours'...

BOLEH???

=.=

p/s: Happy birthday Ain.. semoga Ain menjadi anak yang solehah. Belajar rajin-rajin supaya dapat mencapai apa juga cita-cita Ain... be a good girl k..