Wednesday, December 21, 2011

.kamu cinta terhebatku.


aku tidak pernah sesal memilih untuk merana seperti ini kerana kamu..
kerana aku tahu nantinya segala kelukaan ini akan kamu balut dengan kemas sehingga tak seorangpun yang bisa melihat kesan goresan luka yang aku ciptakan!
aku tidak akan sesal meninggalkan apa pun yang telah jerih aku kumpulkan hanya kerana kamu..
aku tidak akan tunduk meski sejuta makhluk memaki aku!
kerana aku tahu..
kamu adalah bahagia yang aku dambakan selama ini..
kamulah belahan jiwa yang aku inginkan mendamping hatiku,
sampai aku mati!


aku mahu kamu tahu...
merana itu amat positif maknanya apabila kamu memilih untuk masih mencintai aku!


ENGKAU CINTA TERHEBATKU
Jika masa itu bisa diputar lagi
pasti aku akan kembali pada dekap hangatnya
namun masa itu tak pernah mahu kembali lagi
meski berkali-kali kupanggil dan kujemput
ia malah semakin menjauh
meninggalkan kerut di dahiku
dan uban di kepalaku.


Berhentilah sekejap masa
izinkan aku mencarinya
dalam dakap hangat seorang kekasih
dan biarkanlah aku kembali jadi kekasihnya
walau cuma sehari
sebelum aku terlalu tua
untuk memberitahunya bahawa
dialah cinta terhebatku.


*credit to Luna Biru for this beautiful poem*