Thursday, December 8, 2011

.tentangkamu.tentangkita.dulu.

benarlah kata orang, sejauh mana kita berlari, seramai mana manusia kita temui.. kita tidak akan mampu melupakan manusia pertama yang membuat hati kita bergetar... kalau aku kenang, ya.. memang sangat manis meski banyak halangan dan kesakitan yang aku alami rentetan terlalu melayan cinta..
manakan tidak, empatbulan sebelum spm aku dicintai oleh lelaki yang selalu aku curi pandang..
13 julai 1993 kali pertamanya dalam hidupku beriringan berdua... eh! tibatiba rasa berdetap ni.. ha-ha!
di sinilah bermulanya episod pandai-menipu dalam hidupku...
-sabtu ada kelas tambahan -padahal pegi dating
-kawan jemput birthday jam 8 mlm -padahal tengok wayang
-buat kek befday untuk bestpren - padahal untuk boypren

tapi syukurlah kerana dia banyak mengajar aku menjaga harga diri, lalu cinta kami memang suci dalam debu.. *wink*

sampai satu ketika kaki aku kena pijakpijak, paha aku kena rotan dengan hanger - aduh! sebenarnya aku tidak rasa sakit sikitpun masa tu sebab hati aku sedang kembang mekar... buktinya,,, jangankan tunggu sabtu, hari sekolah pun aku boleh tunggu dia habis kerja.. ha-ha!
hebatkan?...
setiap hari adalah indah pada aku ketika itu.. sehinggakan sehari sebelum spm aku masih duduk dalam cinema (malangnya aku nda ingat movie apa--- alah, masa bercinta bukan kesah pun movie apa, yang penting berdua bersatu.. huhu!)

Sehingga satu hari masa aku kerja di kedai buku, aku kantoi dengan abg angkat aku.. kantoi berebut helmet.. aku masih ingat, hari tu hari isnin, 31 oktober 1994, aku janji temankan dia beli baju.. tapi bila abg angkat aku datang bawa aku balik, aku on ja.. haha, lastlast ambek ko Ratna... depan mata aku dia berdiri tengok adegan tariktarik helmet... adoii lucu juga bila aku kenang... aku yang takut ni terus lepas helmet tu and biasalah kami bergaduh macam artis.. aku ingat teruk juga perangai aku ni dulu.. bila kami bergaduh aku selalu jalan lajulaju tinggalkan dia... penah masa valentine tahun 1994 dia bagi aku bunga, then kami begaduh, boleh-boleh aku just letak bunga tu atas meja orang jual barang di bandar... bila dia cakap 'sampai hati' baru aku tersedar.. aku ambik balik bunga tu.. tapi macam mana pun masa tu aku memang sayang gila dengan dia..

seingat aku kami mula renggang bila dia marahmarah aku masa aku kantoi dengan abang angkat aku... sebab lepas tu aku minta break... tapi bila aku dapat masuk kolej, dia yang banyak tolong aku...
bayangkanlah... dia belikan aku borang (dulukan takda online), isi dan pos. bila aku dapat exam dan interview, dia yang hantar.. bila aku confirmed masuk kolej, dia yang belikan aku tiket flight, belikan stationery, alarm clock dan yang paling aku ingat dia belikan aku walkman bila aku mengeluh bosan tak dapat dengar lagu dalam bilik... dia memang baik hati dan pemurah... cuma a bit jelousy.. tapi aku akuilah sekarang bila kita sayangkan seseorang, tentulah perasaan cemburu itu sesuatu yang tidak asing... sorry lah, lambat aku sedar.. =.=

masa aku di kolej, aku masuk hospital sebab sakit.. abang aku datang melawat, then, what a surprise?? dia kirim rm50 dengan abang aku untuk beli KFC.. sayunya hati bila aku ingat sekarang.. in fact bila aku masuk kfc sekarang pun aku selalu terbayang dia bagi duit rm50 tu..
bila aku balik bercuti semester, habis dia siasat aku macam ketua polis negara.. sampaikan t-shirt aku bertulis 'RAZNA' yang aku padam ganti dengan 'RATT' pun jadi kemarahan dia... cubalah dia fikir, itukan baju sukan kolej, sure orang tanya-tanya aku apekehenye razna tu... tapi tak apalah.. nama razna tu sweet jugak kan... :-D
gambar-gambar aku semua jadi persoalan.. iyalah masa tu kan aku rapat dengan classmate aku Leo.. jadi bergambar macam artis la kami.. and again.. sekarang baru aku sedar, bila kita sayang seseorang memanglah semua tu menjadi pisau dalam hati kita... =.=

Setelah aku fikir-fikir... *sebenarnya banyak lagi faktor yang tak dapat aku nyatakan di sini* membuatkan aku nekad untuk berpisah...
dengan segala nekad, aku just bagi dia lagu Ella - cinta aku kau & dia.. memang kejam lagu itu.. sampai sekarang aku tak suka dengar lagu tu.... rasanya setelah broke-up dengan dia, aku single mingle dua tahun... masa aku praktikum di Tambunan, aku ada beli kad valentine.. tapi aku tak tau mo kasi sapa.. then kad tu aku simpan.. sehinggalah hubby muncul dalam hidup aku.. and hubbylah yang bertuah dapat kad tu di valentine 1998.. huhu..
tapi bila aku fikir sekarang, jahil jugak aku ni dulu.. sambut valentine segala kan... Ampunkan aku ya Allah...

oh.. panjangnya story aku kan... tak apalah.. esok-esok aku mati, aku mau anak aku baca ni.. aku mau anak aku setia dengan orang yang menyayanginya... aku tak mau anak aku jadi macam aku.. menyesal...

menyesal??
aku bukan menyesal kerana tidak menjadi isterinya...
aku menyesal kerana aku pernah kejam dengan dia...
bertahun aku memendam rasa bersalah..
aku dihukum dengan tidak dapat melupakan setiap apa yang kami lalui...
aku ingin sekali memohon kemaafan.. kerana yakin aku jadi berantakan mungkin kerana dia tidak menghalalkan apa juga yang aku lakukan...
meski aku bahagia dengan hubby, sekali sekala bila bercakap tentang masa lalu, hati aku terpeleot juga...
cuma aku tidak mahu berlaku kejam la pulak dengan hubby, takkan aku tunjukkan yang hati aku terpeleot sebab mengenang cinta pertama aku.. so walaupun aku berkongsi rasa kesalku dengan hubby, aku tetap menjaga hatinya.. in fact, aku down macam jatuh gaung dengan segala rasa dan kenangan tu....
tapi hubby selalu senangkan hati aku.. katanya masa tu aku muda, aku tak berfikiran matang.. dan lagi katanya itulah jalan Allah bagi sehingga dia boleh jumpa aku dan kami menjadi suami isteri, dengan bangga lagi dia cakap hanya dia yang mampu melayan karenah aku yang manja tahap extreme ni... ya la.. dalam sembilanbulan kami berjumpa di cafe kolej, berkawan, bercinta, bertunang dan alhamdulillah hubby tetap lelaki terbaik dalam hidupku.. paling sabar melayan karenah aku yang lebih manja dari kucing siam ni...

hari ini, setelah dua minggu aku berdolakdalik dalam hati, memendam rasa bersalah yang amat sangat dalam hati, aku nekad untuk meminta apa yang aku inginkan selama tigabelastahun ini..
dengan segala rendah hati dari hati aku yang paling rendah, aku memohon agar dimaafkan.. meskipun segala kata sindiran yang terpaksa aku dengar aku buat bodoh saja la.. yang penting hati dia redha untuk aku, itu sudah memadai.. kata sindiran tu aku akurlah sebab aku tahu memang yang bersalah.. aku yang kelihatan seperti manusia kejam yang tidak mengenang budi... meskipun dalam hidup ini kita diajar untuk menerima qada' dan qadar Allah...

buat kamu...
terima kasih kerana memaafkan aku..
kemaafan itu membuatkan aku tersangat bahagia hari ini..
meskipun ada rasa bersalah dalam hati terhadap lelaki yang aku cintai, tak mengapalah, kerana mendapat maaf dari kamu berjaya menutup rasa bersalah itu.. sebab, selepas ini aku harap aku tak perlu mengenang kamu lagi dalam bahagia kami...
terima kasih juga kerana mendoakan kebahagiaan keluarga aku..
aku pun berdoa semoga kamu sekeluarga bahagia sehingga ke akhir hayat..
apapun, aku tujukan lagu ini buat kamu..




 
terima kasih kerana pernah memberi bahagia pada aku.
pernah menjadi pelindung aku.
pernah menjadi pendengar setia pada setiap keluhanku.
pernah menerima baik dan buruk aku.
pernah mencintai aku sepenuh hati kamu!..
dan terima kasih juga, kerana kamu aku kini seorang guru yang berdedikasi...

maaf untuk semua yang pernah aku sakitkan!


so baby, thank you.
Thank you for being one of the greatest thing that came into my life. Thank you for teaching me so much about myself. Thank you for letting me feels that bits of love. But above all that I hope you’re happy.
We were beautiful. Though it was a short period of time, I swore it was one of the best. The way we end was hanging and somehow hurtful, but still.... We were beautiful.
and i'm sorry too, for everything...