Sunday, October 30, 2011

.aku maafkan kamu.


lagu baru yang paling aku suka setakat ini...
rasanya seperti luahan hati aku terhadap manusiamanusia kejam yang suka sangat merobek hati aku..
yang suka sangat bercakap macam dunia ini selama-lamanya begini tanpa ada hari kiamat.. tanpa ada hari pembalasan dan tanpa ada hari kematian untuk mereka...
dan aku sangat berdendam...
sangat benci sehingga aku rasakan lebih baik aku makan semeja dengan dog daripada mengadap muka mereka!
tapi.. Jamal Abdillah & Malique saudara seagamaku mungkin digerakkan hati oleh Allah untuk menyanyikan lagu ini supaya aku sedar bahawa memaafkan itu sangat menenangkan daripada berdendam terus-terusan..


Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

iya! kata-kata ini aku hafal keseluruhannya dan sangat berkesan di hati.. sangat! sangat! sangat!

jadi...

AKU MAAFKAN KAMU!

dan akan sentiasa maafkan kamu sebab aku pun tidak pasti siapa antara kita yang akan mati dulu meskipun kamu tua (tapi sayang tak berakal) dari aku... aku berdoa semoga Allah sentiasa melindungi aku dan kamu!