Tuesday, July 19, 2011

ada aku di situ...

Tadi aku mengikuti bengkel SAPS.. ini kali kedua.. dan kedua-dua kalinya ini rasanya aku ditipu tentang masa... Dalam surat menyatakan bengkel akan bermula 7.30 pagi dan berakhir 5 petang... hakikatnya, tadi jam 11 peserta diberi pilihan mau pulang tau tunggu hingga lunch... wah.. kedua-duanya offer menggegar perasaan ya.... oleh kerana aku belum masuk ajar dengan sistem ni, aku pilih untuk stay dan bertanyalah apa yang patut.. selebihnya aku memang tidak berniat untuk balik ke sekolah seawal jam 11 sebab malas menjawab soalan-soalan dari wartawan tak bertauliah...

Mulanya aku dihimpit rasa menyesal sebab duduk di kalangan guru-guru dari sekolah cina yang semuanya cina... satu-satunya guru melayu tersepit ditengah-tengah, bayangkanlah  betapa bingitnya telinga aku bila dorang congcengcongceng... tapi bila penceramah bercakap di depan, wah, mereka taat mendengar dengan berhemah... yang potpetpotpet pulak guru-guru melayu di barisan belakang.... bila praktikal, aku rasa syukur sangatsangat duduk berhimpit dikalangan kawan-kawan cina ni... dorang buat dengan bersungguh-sungguh dan walaupun congcengcongceng, yang dicincong tu adalah berkaitan dengan bengkel ni... lain pulak dengan guru-guru bangsa aku ni... time penceramah becakap, dorang pun becakap... time praktikal, dorang masih lagi bercakap hal rumah, meja marble, pakej astro terkini, baju raya, lauk bersahur, tudung awning terkini dan yang sewaktu dengannya.... omaigod!

Satu saja yang sengal dengan bengkel ni... dorang buat bengkel ni hari ini, tarikh tutup 5 Ogos... Wah! cemerlang sungguh pengurusan masa dorang... dalam masa dua minggu untuk bagi in-house kepada guru-guru sekolah masing-masing dan key-in data online???... suka sangat buat kerja di malam takbir... huh! aku ingat kalau bengkel ni disuruh pegawai bangsa cina yang buat, maybe sebulansetengah yang lalu suda siap ni...

Maaflah, aku melayu sebab itu aku faham sangat karenah pegawai melayu ni kalau buat kerja... dalam 100 pegawai melayu, agaknya 45 orang saja yang tak suka lengah-lengah...

dan...

dalam 45 tu rasanya ada aku di situ.... :-p