Wednesday, April 13, 2011

buka dada, dongak kepala dan jalan terus.. jangan pandang belakang!

'terasa hati' yang aku simpan dan buatbuat lupa rupanya sangat memakan diri.. sakit... kadangkadang aku rasa ok, at the other time aku rasa macam mau buang muka, berpaling sejauh beribu batu nautika.. sudah lama aku tidak begini.. sejak aku jauh dari sahabat baik bernama Amlina.. bezanya sahabat yang ini tidak sukar dijaga hatinya berbanding Amlina yang sangat sensitif.. Amlina, tanpa amaran, selalu tibatiba ada gegaran hingga mencecah tujuhbelas skala ritcher.. ermm.. benda lama, apaapapun aku sangat sayang Amlina sebab dia sayang aku juga.. sangat sayang.. kan Am???

minggu ini aku banyak berfikir... adakah aku betul? adakah aku bersama orang yang betul? betul ka tidak ka betul? entahlah, aku bodoh sebenarnya bila terlalu memikirkan hal yang bukan part of my life.. bukan berkaitan dengan orang yang aku cinta sepenuh hati hingga sanggup berkorban nyawa.. adakah aku prihatin terhadap orang yang betul? adakah aku kisahkan orang yang betul? yang paling sadis, adakah aku telah mendoakan orang yang betul? haishh.. banyak betul persoalan, tapi satupun aku tak dapat fikirkan jawapan yang betul...

cerita terasa hati ini sebenarnya sudah basi.. masalahnya pada momenmomen tertentu ia menjadi ikan goreng panas dalam hatiku.. bila aku kenang, aku rasa macam mau gulung dunia ni.. aku cuba lupa, tapi pada momen yang aku katakan tadi, semua jadi segar macam tomato baru dipetik..
kerana aku manusia biasa, aku ada juga perangai jelik, aku sangat jauh dari kesempurnaan, aku ada kejahatan.. maka aku diam.. tapi selama manakah aku boleh diam? selama mana aku tahan untuk simpan? entahlah.. *sigh*


jadi lebih baik diam dan kurangkan komunikasi.. kurangkan semua aktiviti yang boleh menjurus kepada sakit hati.. dan diam adalah yang terbaik... aku percaya kepada satu teori; kecilkan ruangan kerana semakin kecil ruangan, maka keutamaan semakin kurang... aku harap itu berkesan.. kerana dalam situasi aku sekarang, ke'whatever'an aku sangat murah nilainya... ia menjadi murah when i have to run this business with the people i really closed to. meskipun aku tak mungkin boleh buatbuat suci untuk melupakan apa yang telah membuatkan aku rasa sedih dan sakit hati.

dari aku, maafkan aku untuk semua yang pernah aku sakitkan.