Tuesday, August 5, 2008

JAGA PERGAULAN, ELAK ORANG KETIGA

Tidak kira suami atau isteri, jika terlibat dalam skandal cinta tiga segi. Mereka ini bukan sahaja salah kerana menduakan pasangan, malah bersama bukan muhrim dengan ikatan cinta itu dilarang oleh agama. Hukumnya jelas, haram.

Suami atau isteri yang ada hubungan cinta tiga segi harus sedar akan peringatan bahaya zina. Walaupun tidak berniat melakukannya, tetapi hubungan itu mebuka jalan ke arah perbuatan zina.
Kebanyakan suami atau isteri yang terlibat dengan cinta tiga segi ini tahu tentang peringatan zina tetapi terus menjalinkan hubungan.

Menjadi kewajipan suami isteri melayari bahtera rumahtangga berlandaskan iman dan ketakwaan terhadap Allah SWT. Dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah saw jelas menggariskan akan tanggungjawab suami isteri.

Malah melaksanakan tanggungjawab itu bukan sekadar mebahagiakan pasangan, tetapi ia juga satu ibadah yang dijanjikan pahala oleh Allah SWT.

Tidak ada sebab pasangan mencari orang lain jika tahu tangungjawab masing-masing, saling memenuhi keprluan dan mebahagiakan pasangan. Amalan ini akan menyubur dan mengharmoni rumahtangga.

Dalam erti kata lain, bila suami isteri boleh seia sekata dalam setiap urusan rumah tangga dan hubungan kedua-duanya, tidak ada sebab kasih beralih arah atau orang luar mengambil kesempatan menagih cinta baru suami atau isteri.

Hari ini, hubungan suami isteri agak rapuh, mudah berkocak bila ada perselisihan faham. Kesibukan dan keterbatasan waktu untuk mengutamakan rumah tangga, anak-anak dan pasangan hanya memenuhi kelangsungan hidup berumahtangga.

Hubungan yang rapuh, bila-bila masa boleh retak, oleh itu kukuhkan hubungan yang rapuh ini. Jangan angkuh dengan ego sendiri, rumahtangga adalah usaha bersama. Jika salah seorang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan betul, kepincangan akan dirasai oleh seluruh ahli keluarga iaitu pasangan, anak-anak, ibubapa dan juga ahli keluarga yang lain.

Seorang isteri walau setinggi mana jawatan disandang ditempa kerja, di rumah dia adalah isteri dan suami tetap ketua keluarga. Jangan perkecilkan tanggungjawab suami, sebaliknya ada kelebihannya. Bantu dan bimbing suami suapaya dapat mentadbir rumahtangga dengan lebih baik, faedah bukan untuk suami seorang tetapi untuk semua ahli keluarga.

Begitu juga dengan suami, jika isteri tidak bekerja, jangan perkecilkan tugasnya atau berlagak tuan bila berada di rumah, minta dilayan itu dan ini tanpa mempedulikan perasaan isteri.

Sebenarnya sumbangan isteri dalam mencorakkan kebahagian rumahtangga cukup besar, terutama dalam mengasuh dan mendidik anak-anak. Fahami kesibukan isteri, jika berpeluang bantunya dalam kerja-kerja rumahtangga. Seorang isteri merasa bangga bila suami menghargai pengorbanannya. Oleh itu jangan kedekut ucapkan terima kasih.

Suami isteri juga mesti terima hakikat bahawa sebagai manusia biasa, mereka tidak lepas dari melakukan kesilapan. Maka sentiasalah saling memaafkan, segera mencari penyelesaian jika ada masalah dan mengamalkan prinsip ambil yang jernih, buang yang keruh. Jangan mencari penyelesaian masalah dalam hubungan suami isteri dengan cara menjalin hubungan dengan orang luar kerana ia hanya mengundang masalah besar.

Punca mendorong suami atau isteri menjalin hubungan dengan orang ketiga, ia biasanya disebabkan masalah rumahtangga dan faktor menarik di luar rumah. Jika salah seorang ada affair diluar, pasangan yang seorang lagi boleh mengesan jika hubungan mereka baik. Kalau sudah berkongsi hidup betahun-tahun, suami isteri sudah masak dengan perlakuan dan tabiat pasangan. Jika ada perlakuan ganjil pasti bersebab.

Setiap perlakuan luar biasa pasangan perlu diselidik, kalau suami ada hubungan, isteri bertangunggajawab mengingat, begitu juga sebaliknya. Jika timbul masalah, selesaikan melalui perbincangan. Berbincanga menerima teguran dan mengakui kesilapan dan saling memaafi adalah jalan terbaik mencari damai.

Orang ketiga juga mesti sedar bahwa ada ketikanya kehadiran mereka hanya sekadar persinggahan atau pelarian. Oleh itu berhati-hati menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang. Dalam memilih pasangan, terutamanya anak gadis berhati-hatilah, jangan mudah terpikat dengan godaan lelaki. Selidk dulu latar belakangnya, elakkan suami orang kerana ia hanya mengundang masalah.

Begitu juga lelaki jangan mudah terpikat dengan wanita cantik, selidik dulu sebelum jatuh cinta, jika isteri orang lupakan sahaja. Kebiasaannya, hubungan dengan wanita atau lelaki berkahwin bukan sahaja merosakkan rumahtangga. Orang ketika juga selalu menjadi mangsa bila kekasih kembali ke pangkuan pasangannya.


_________________Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.