Showing posts with label .zeera. lovestory .. Show all posts
Showing posts with label .zeera. lovestory .. Show all posts

Tuesday, June 4, 2013

May is mine!

May passed.
Memories remain.

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas nikmat kehidupan yang Engkau berikan pada aku.
Menempatkan aku di kelompok insan-insan yang menyayangi aku.. menghargai  aku dan menerima aku seadanya..

Seperti tahun-tahun yang lepas, Mei adalah bulan aku.. banyak dapat hadiah owh ni bulan.. huahua! like jutajuta kali.. Anniversary tahun ni sama macam tahun lepas, tak sempat aku buat kek.. sadis lagi tahun ni, masak pun tidak sebab kebetulan hari anniversary aku kena attended meeting di SK Kelanahan.. bestnya tu aku sempat tapau ikan basung masak ampap, sambal mangga dan nasi putih lebihan jamuan lepas meeting tu.. so itulah hidangan makan malam aku dan hubby meraikan cinta kami.. sweet! Thank you hubby for the special gift.. I really love it! Aku cuma belikan hubby boot yang dia idam-idamkan sejak tahun lepas tu.. alhamdulillah sejak aku aktif dengan mini bussiness ni, ada duit lebih sikit dan satu kepuasan juga bila duit tu kita belanjakan untuk orang yang kita sayang... Alhamdulillah... :-))

Birthday tahun ni antara yang best la.. sebab hubby bawa pi Keningau.. untuk orang lain, Keningau is only a small town.. tapi bagi kami, in the small town tu padat dengan segala kenangan untuk kami...
Rasanya a whole day kami jejak semua tempat yang ada kenangan.. it works! sebab refresh balik kenangan ni menguatkankan lagi tali hati kami.. wah jiwang! ;-p

bermula di sini... 
dapat ilmu. dapat cinta hati. 

ini rumah hubby masa bujang.. penah dating di tangga tuuu.. ngeeee

lepas kahwin, pindah mengajar di sini... SK Pasir Putih.
Sekolah ini masih yang terbaik dalam hati aku. 

Opis hubby posting pertama.. aku dapat lesen memandu juga di sini..

rumah sewa kami selepas kawin.. di sinilah segala suka duka bermula..

bertahun di Keningau tidak pernah sampai di sini.. 
at last, unplanned.. 

SEDAP!! Mee Bandung Muar @ Restoran Pak Kandar, Kgu.

@ Gunung Alab Resort


us.. @ Taman Banjaran Crocker


May is always a wonderful month for me.

Thank you sayang for making my day and life so wonderful.

I love you. I love you.
Always and forever!



Thursday, November 15, 2012

anugerah Allah kepada kami...


The love of my life





CINTA.

berbekal cinta dengan restu Allah, inilah kami pada hari ini.

Hari ini cuti. hujan sepanjang hari. hati pun sayu ikut cuaca.
suami dalam rumah berlegar-legar tapi aku masih rindu. sangat!

Bosan. buka PC aku godek semua gambar-gambar. bak kata Yuna, setiap gambar ada lagu. tapi gambar kami ada cerita ja.. ingat-ingat, aku senyum sendiri. Best! semua best. kenangan terindah.
Rasanya semua pasangan seperti kami. ada cerita gembira, cerita sedih, pahit dan manis dalam rumahtangga. Semua pasangan ada perancangan masa depan. Kami pun sama. aku bersyukur kerana suami aku seorang yang sangat rapi perancangan masa hadapannya. Alhamdulillah dalam setiap perancangan aku diutamakan (cewah!!). tapi tidak semua yang kami rancang berjaya. tak mengapalah kan, yang penting seiring masa berlalu dengan  perancangan yang berjaya atau gagal, CINTA tetap mengiringi kami. Alhamdulillah. Penyerahan diri itu wajib sepenuhnya adalah pada Allah kerana yang membenarkan satu-satu perancangan itu adalah Dia dan yang mengaturkan perancangan buat hidup kita juga adalah Dia.

dan..

Jika Allah yang mengizinkan sesuatu itu, pasti Allah sertakan sekali rezeki-rezekinya. Dan jika dihadapan itu akan ada simpang-simpang dan jalan berliku, pasti Allah datangkan sekali jalan-jalan keluar buatnya.

Aku yakin di sinilah letaknya Siqqah pada Allah.. :-)


BILA KITA BERSERAH. ALLAH PASTI LUASKAN JALAN BUAT KITA. TAPI BERSERAH DENGAN USAHA. INSYA'ALLAH ALLAH ADA BERSAMA



Berkasih bercinta sampai ke syurga. Insya'Allah.



Saturday, September 22, 2012

Bahagia versi kita ~zeeralova~



Kita selalu cakap kosong dengan orang yang kita sayang. Tapi bukankah itu kebahagiaan? #SAM



Sebenarnya aku belum pun tengok cerita ni - SAM : Saya Amat Mencintaimu. But since ramai yang cakap best, makanya aku pujuk dear hubby beli di astro first. tapi hampa ni jawapan yang aku dapat - "kalau suda keluar di astro first, esok-esok sayang cek di youtube, mesti ada suda tu. RM15 tu nanti abang bagi sayang untuk beli relod" ya, begitulah suamiku yang romantik macam aaron aziz tu... sebab dia sure aku beli nanti aku bukan tengok juga tu... aku rakam jak then tengok mungkin sebulan dari sekarang... 

Bila aku baca petikan tu, aku automatik tersuka, termelekat malah terkesima juga. Sometimes perkara-perkara yang biasa kita buat kita bukan fikir sangat pun kan.. like hubby dan aku, kami memang selalu share banyak cerita. Baik cerita berisi, cerita kosong malah mengumpat juga. Mungkin faktor masa yang aku kira buat kami berebut-rebut mau bercakap kalau sudah berjumpa.. Seawal jam 6 pagi kami sudah berpisah untuk lebih kurang duabelas jam. During working hours kami banyak berkomunikasi thru SMS ja. Call pun sekadar bertanya sudah makan atau belum, kemudian ailevyu, aimisyu - habis. Kadang-kadang aku rasa juga membanyakkan bil ja call sekadar tanya suda makan ka belum... tapi apalah maknanya charge panggilan RM0.30 seminit tu berbanding kasih sayang yang keprihatinan yang hubby bagi pada aku.. huhu, syahdu la pulak  ;-p  Dengan perpisahan 12 jam tu, kami hanya ada lebih kurang 5 jam masa bersama sebab masa tidur mana boleh becerita, kan... 5 jam sangat berharga, itulah masa kami mengadap rezeki bersama, solat bersama dan tengok tv bersama - bersama yang lain-lain sewaktu dengannya tu biarlah rahsia ya -

Apa yang kami cerita tu aku pun bukan selalu ingat.. sebab semua pun cakap kosong. kadang-kadang mengumpat rakan sekerja masing-masing. Apa yang terjadi sepanjang hari akan kami kongsikan dan saling komen mengomen.. jadinya, walaupun antara kami tidak pernah jumpa orang yang dicakap tu, macam tau la sangat sebab mengomen macam bagus ja.. tapi di situlah letaknya kebahagiaan kami agaknya. Sebab dalam rumahtangga yang penting ialah KOMUNIKASI. Kurangnya komunikasi maknanya kuranglah kemesraan kan.. mana ada orang mesra tapi kaku. Bila kita berkomunikasi dengan orang yang kita sayang, yang rapat dengan kita, tentulah disertai dengan usapan, tepuktepuk manja, cuit-cuit getek dan mungkin disertai dengan pelukan spontan.. Aku antara satu wanita yang bertuah kerana Allah meminjamkan seorang lelaki yang tidak pernah lokek suara. Di rumah, di kereta atau di mana-mana tidak pernah mute mulut hubby aku itu. Kecuali masa tertentu yang biarlah rahsia... hehe

Aku selalu rasa tertekan bila aku tengok ada pasangan yang tidak bercakap semasa dalam kereta mahupun sedang makan. Habis makan si suami merokok atau pun membaca akhbar atau pun sibuk sorong-sorong jari di screen enpon. Aduhhh!! wife orang tu relax ja, aku pulak stress.. haha.

Apapun, sebagai isteri kepada lelaki seperti hubby aku sangat bersyukur.. meskipun kadang-kadang cerita yang kami share tu tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupan, kami tetap enjoy. Kerana dia memberi perhatian dengan setiap apa yang terlontar dari kotak suaraku, so, why not me?.. sharing is sexy, right?.. so to all married couples out there, kongsilah segala apa pun dengan orang yang paling dekat dengan kita, sebelum kita langsung tiada teman bicara dan terpaksa berkongsi di dinding FB pulak kan... ;)) peace!!

to dear hubby, andainya satu hari nanti sayang sudah tidak ada lagi untuk bersama abang berkongsi segala rasa dan cerita dan kebahagiaan begini, jangan biarkan diri dikuasai emosi cinta mati ya... harus cari teman pengganti.. kerana dalam hidup ini kita harus ada teman bicara untuk kongsi rasa hati otherwise akan jadi gila, sayang... Percayalah cinta  pertama tidak semestinya terbaik dari yang kedua. Allah jua yang mengetahui segalanya.. Nah, lagu ini untuk abang... 


..aku kan pergi, pergiku tak akan kembali. tiba masanya kau cari teman pengganti!





Sunday, May 6, 2012

.ke-empatbelas. (ll)

thanks for the super beautiful holiday.
thanks for the super sweetest gift.
and thanks for the super greatest love.

May Allah bless us.
Now and forever.
Insya'Allah.

starter... had lunch @SCR Karamunsing. it was our first visit there and still, Juara Chicken Rice is still the best in town.

i fancy the idea of the bathroom.

breakfast time...

diet?... nope! this was the 4th time i round the buffet table... ;-p

nice idea, ain't it?...

i wish to put this on the wall near the stairs @ my home-sweet-home..

tadaaaaaaaa.....

the idea of wearing the same T-shirt just suddenly came when we were spending our shopping time @ SS.
it was a great idea, darling. we looked gorgeous!!


once again, thanks Allah for giving us such a lovely moment to spend with.
thanks for lending me the bestest man in the world!


Wednesday, May 2, 2012

.ke-empatbelas.

Alhamdulillah.
Rumahtangga ini kekal dan bahagia.
ada onak. ada duri. ada gelombang.
ada airmata. ada kesedihan. ada kesakitan.
tapi oleh kerana kami berdua anti-kemurungan, semua yang di atas kami pangkah.

kami berdua bernikah pada usia yang muda. aku 22, hubby 26. ekonomi pun belum kukuh. habis kawin, habis juga duit simpanan. bila aku dapat transfer ke Keningau, bermulalah episod hidup sendiri.. susah, tapi tidaklah tahap kais pagi kais petang... aku ingat yang ada dalam rumah sewa kami tu semua barang-barang hubby masa bujang. periuk nasi, cerek elekrik, hi-fi, single bed, almari dan meja study. aku mana ada harta, sebab aku kawin baru sembilan bulan aku kerja.. (patutlah mak aku bising..huhu). single bed tu lah katil pengantin kami untuk tiga bulan.. tapi best.. aku ingat sekarang kalau kami tidur berdua di single bed tu, mesti patah.. ;-p

masa kami baru kawin, aku nda pandai masak. jadi, kalau kami mau makan sedap, kami pegi rumah kawan hubby aku, abang latif and wife dia kak __ -aku lupa nama kakak tu-. dorang tu ok ja, kami datang makan pastu cerita-cerita kejap, kami baliklah... paling aku ingat kakak tu ajar aku masak ayam kuning. punya sedap. sampai sekarang ayam kuning tu one of hubby's fevret. sekarang aku nda la pandai sangat, bolehla... buktinya tengoklah body hubby aku sekarang... haha, dulu seluar saiz 28, sekarang ha ambek ko, size 36 baru masuk genggg! tapi aku pun apa kurangnya.. tapi apalah ada pada size badan, yang penting CINTA!..
buktinya, semakin kembang body aku, semakin semarak juga cinta hubby pada aku.. hehehhe..

macam biasa, bila hari istimewa aku lebih suka masak sendiri.. tapi upsetnya aku nda dapat buat kek anniversary kami macam tahun lepas... sebab oven aku buat hal. aku planned suda mau bake Red Velvet Cake. huhu, tunggulah birthday hubby nanti, insya'Allah...
so, ari ni aku masak beef steak + kek readymade...

 we don't like the idea of candle light or any candle.. so begitulah.. simple saja ya.. but meaningful.. ;-)

coleslaw tu hubby cakap aku tapau dari kfc.. huhu, sampe atimu kanda.. dinda buat sendiri baitu... @_@ 

kecewa aku dengan oven ku.. huhu. alangkah bestnya kalau aku dapat buat kek sendiri.. :( 

kesian, tiada photographer kami...


thanks hubby... for everything.
thanks atas segala cinta, kasihsayang dan perhatian.
thanks atas segala kesabaran abang melayan karenah sayang yang gila-gila ni.
thanks sebab mendidik sayang dengan perkara yang baik-baik saja.  
abang memang lelaki terbaik dalam hidup sayang. 

p/s: ini phase one.. so, to be continue.. ;-))

anyway, read more story about us  @ .zeera. lovestory.


Thursday, January 12, 2012

it will rain


emosi bila dengar lagu ini.
nangis jugak bila dengar lagu ini.
sepuluh kali dengar masih jugak sedih.
kenapa?
sebab aku sedih la dengar lagu ini.
sekarang masih jugak menangis dengar lagu ini.
gila kali...

huhu!!

Sunday, October 23, 2011

.sabar.

jika aku bersabar, Allah pasti akan beri ganjaran setimpal atas kesabaranku.
jika aku marahmarah, tentu Allah juga akan murka dan menutup segala kebaikanku.
moralnya, aku harus bersabar dan terus bersabar kerana mesti Allah akan balas segala kesabaranku dengan mengurniakan aku perkara yang baik-baik sahaja dalam hidupku, kan??....
buktinya, aku sangat bersabar dengan kehidupan lalu aku... akhirnya Allah beri aku lelaki terbaik di dunia untuk menjadi pembimbingku...

Alhamdulillah....

sayang.. home is dull without you... pulang cepat k.... ;))
i miss you!

Monday, September 26, 2011

berdua.bersatu


selalu sangat aku dengar lagu ini.
pagi. tengahari. petang. malam.
asal aku dalam kereta mesti ada lagu ini.
mulamula aku rasa biasa ja. lamalama aku suka. tapi part korus sahaja....

jika denganmu salah
kutak mahu yang benar
jika denganmu rebah biarlah kutercalar
walau dilanda badai
kusanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
kutak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut
kusanggup kerna kumampu
kita berdua bersatu

aku tidak rasa lirik ini aku terjemahkan sebagai kata hatiku kepada si encik sayang..
tapi lebih menghayati seumpama luahan hatinya kepada aku...
sebab dalam banyak perkara dia lebih rela menjadi baju kebal kepadaku...
jangankan luka terkena pisau, terkepit pemotong kuku pun dia rawat macam jari aku terkerat chainsaw..

*sila muntah. ;-p

Sunday, July 10, 2011

.darling-chef.

 appetizer.. cabbage salad

eggprawns

Both cooked by Mr. Darling.
and.. just now we had lunch like there's no tomorrow.. like we will not see anymore food.
Seriously we were eating like crazy!
And now.. he's upstairs, sleeping.. and I'm here facebook-ing and blogging...
:-)

Darling, the dishes were superb!
Thank you very much for treating me like a queen.
I love you.. always!

Friday, June 10, 2011

hanya engkau yang mampu.... =.=

sedih
kecewa
menyesal

sebab aku gagal paper Language in Literature....
entahlah di mana silap..
tak mungkin kerana aku tidak menjawab... sebab aku jawab sampai akhir garisan..
mungkin aku cuai ketika menjawab...
soalan tanya lain, aku jawab lain...

apaapapun... keputusan itu tidak mampu aku backspace dan retype...
aku hanya mampu isi borang memohon semakan gred, atau repeat saja paper itu....
tak mungkin la aku quit study kan... sebab perjalanan aku suda tinggal sikit langkah lagi untuk sampai ke destinasi.. kalau dalam perhubungan tu, kononnya sebulan lagi mau kahwin suda... *hehe, asi ka contohnya begini??..

Perasaan? harus aku akui aku memang sedih...
Lepas tengok result, aku called Hubby... first, aku tanya dia balik lunch atau tidak?.. jawabnya tidak sebab mau cuci kereta and solat Jumaat... then aku bagitau aku gagal satu paper.. hubby pujuk aku.. katanya gagal bukan ada effect apaapa pun kan?.. really?.. ia sangat effect pada hati aku sayang... i'm down!
macam biasa... hubby tak akan sanggup biar aku sedih sendirian... 12.14 tengahari myvi suda parking di garaj.. seterusnya aku mendapat pelukan penghapus kesedihan.... thanks abang....

...dan aku tidak lagi berfikir tentang gagal-satu-kertas tu...
aku berfikir andai abang tiada.. siapa lagi yang akan memberikan segala ketenangan pada setiap kesedihanku??? berkongsi segala rasa dan menjirus segala pasir yang menyekat kerongkong setiap kali aku
berada dalam situasi sedih yang amat menekankan perasaan!

kau yang memberi rasa dan ilhamkan bahagia.. hingga aku terasa indah..
thank you sayang.... =.=


Monday, May 2, 2011

kami sudah tigabelas tahun.. ;-)

duludulu, bila tiba anniversary, aku tangkap leleh la cari sajak segala untuk menzahirkan apa aku rasa dalam kehidupan cinta kami... tapi hubby ni bukan orang sastera... aku bagi baca sajak tu, dia baca untuk ambik hati aku seja, pastu bila aku tanya, best ka?.. dia cakap best tapi nda faham.. hehe, tak mengapa lah sayang.. kita tukar trend pulak ya.. kita nyanyi seja...
tiga tahun  kebelakangan ini selalunya hubby nyanyi lagulagu cinta untuk aku... lupa suda aku lagu apa dia nyanyi tahun 2009, last year dia nyanyi lagu anuar zain Lelaki Ini... tadi pagi dia nyanyi lagu anuar zain juga.. Sedetik Lebih.. aku tahan nafas seja masa dia nyanyi.. sebab bangun seja dari tidur terus nyanyi.. adusssssss...
abang,
terima kasih ya sebab menjadi lelaki terbaik dalam hidup sayang... paling sporting lagi tu.. paling pemurah, paling memahami, paling penyayang dan paling SABAR.... semoga teruslah abang menjadi pelindung tahap kelas pertama dalam hidup sayang... terima kasih sebab jaga hati sayang dengan sangat berhati-hati.. no one can do exactly like what you did to me all this while, thanks again dear....
abang,
maaf atas semua dosadosa kecil & besar, tipu sunat & tak bersunat.. maaf untuk semua panggilan yang sayang ignore bila sayang marah dengan abang. maaf sebab selalu degil. maaf untuk semua yang sayang selalu tidak puas hati. maaf sebab kadangkadang seperti tidak menghargai abang. you are the best i ever had...
Lastly, always be my man and be my only one. i love you sweetheart..
do you still remember this phrase?

kerana aku telah kau pilih, lalu engkau setia ku kasih..

i still hold on this phrase, insya'Allah, till end of my life...

 it's so lovely darling, thanks a lot..


 the number of the cc represent the year of our marriage.. it's so luvly coz hubby loves the taste and he ate more than half of them..


thanks for the lovely 'one night-and-day' trip, baby...


Friday, April 22, 2011

why do i do that?...

i did hurt darling constantly lately...
starting by 7 of april, 14 of april and recently 21 of april...
amazing, huh??!! it was amazing for me coz all the dates were fell on Thursday!...

i can say that i'm luckly in this world.. becoz hubby treats me like a baby.. once i made mistake, he will advise me not to repeat.. i did again, then i will get the same advice.. hundred of mistakes and still get the same advice. he's really my mr perfect, he's my greatest protector and for sure no one can treat me as great as him!
but i don't understand why i can't treat him just the same way? a pinch of mistake will draw a long scratch in my heart and i will constantly talk about it. it isn't fair right? i did it without guilty becoz i know he will forgive me.. until i read this on fb...

"do you know what happens when you hurt people continuously? they may love you less and begin to forget that they loved you once with their best"

frankly speaking, i was in a big fear when i read it..
i approached and kissed him once on cheek.. with my most sweetest smile... with many questions like do you love me? are you mad? are you hurt? which i know all those are kind of stupid questions.. for sure, all the questions were being answered with, "i love you so much.. you did nothing wrong to me, dear.."**.. =.=
me myself seemed ungrateful, rite? yes, i admit it... i don't know why i do that.. i have no answer.. i sometimes think that i really taking advantages on his kindness, patience and love.. but anyhow, i really love him... really...
anyway, a big thanks to my fb's friend, Lissa Dannie for the wall post.. it was really like hitting my head..
amazing rite? a sentence had changed me in a wink..
this is not a promise, but this is my attempt to be more and more patient as him...
insya'Allah....


**translation ;-)

Saturday, March 19, 2011

sabar demi cinta... =.=

selalunya malam minggu kami jalanjalan, kalaupun tidak window shopping, ke tanjung aru ataupun rondaronda kotaraya pi tengok pondan.... *they are cute and sexy like hell ---- tapi gelilah!

tapi.. malam ini hubby nda sound pun mau ke manamana..

jadi, saya mandi dengan hiba dan berbaju tidur la seperti biasa... dan bila turun bawah, hubby suda buatkan neskefe... *emosi sikit

pastu saya duduk di sofa temankan hubby tengok tv.. mulamula tengok berita... pastu tengok cenel HBO *sabar*   lamalama tengok bola... lamaaa melekat di cenel bola... sampai sekarang pun di cenel bola...

sabar kan saya...

iya, saya sangat sabar bila berkaitan dengan orang yang saya cinta.....

ha.. ambek ko kalo aku teriak.. GOALLLLLL!!

Sunday, March 6, 2011

.love doesn't just happen--we must choose it.

ari ni aku minta puji sikit. eh banyak...
sebab tiba-tiba rasa mo share sumthing with the readers- whoever is reading.

okay, mari serius....

=)

Hubby and i were young when we married. Like most young married couples, we had to make some big adjustment. Although we were head over heels in love, quite simply, we were learning to live together.
Several months into our marriage, we had many disagreements.. and biasalah... women are more sensitive than men, women talk more than men - in those situations, i tend to choose words that were insensitive or unkind. I said something that I knew I shouldn't have... and I can see those words really hurt him .
But man is always a man : they take most things (better or worse) just SIMPLE!
He no longer wanted to finish the conversation; he simply left me all alone and entered any of the room in the house. As he left, I pondered what had just happened. It was then I felt a voice speak to me deep down in my heart ;"if you don't change your words, you're going to change the man you married" and I scared of myself! I'm serious on this!! Coz, i don't wanna destroy our relationship. I dearly loved him and I didn't want him to change. At that moment, I chose to love him exactly the way he was.

Right then I made the decision to start overlooking those little irritations and to begin focusing on unconditional love and acceptance in our relationship. Instead of getting upset, I took the time to understand him and magnify the good qualities in him. When I did that, I've noticed  he responded the same way. The more I treat him like a king, the more he treats me like a queen.

Now we have grown together.
We have learned many things together.
We shared lots of things together.

and...

I believed we have built the best relationship in the world.

so,

lesson of the day;

we must handle our relationship with great care and that love doesn't just happen - we must choose it!


We were friends first, and then the love thing came around second, and that's how it still is..


p/s: I love you very strong!

Thursday, March 3, 2011

.the senyum-lebar-lebar-day!.

This is kinda happy-mood entry...

becoz...

he`s home!

yayyy!

so, i don have much to write in...

becoz...

we have many things to talk and share...

we had skipped the moment of heart-to-heart session last night,

so we wanna double it tonight... *wink*

okay,

gud nite...

;-)

:-D

:-*

Thursday, February 17, 2011

and again... i fall into you...


stress & emo had gone...

ubatnya????

we`ve heart-to-heart session thru phone few hours ago...
(he doesn`t call me since morning ya...--bz konon.. iyala, percayalah)

i juz can`t describe everything....

but...

these verses really worked in healing all the stress...


my Boroi cakap.....



dia akan selalu ada untuk aku






dalam susah atau senang,







dalam emo atau senteng aku,





dalam segala karenah kecil dan juga dalam  karenah tahap gaban aku,





hari ini, esok dan seterusnya sampai ke hari tua.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
maka.... 
 
 
 
 
 
terhanyutlah jiwa ini...
 
 
 
 
terjatuh ke hatinya....
 
 
 
 
 
erk!!





p/s: best jugak emoemo ni... terasa betulllllllllll disayangi jiwa dan raga... *matakelipkelip*

Thursday, January 27, 2011

.sedetik lebih.

have a short chatted wit darling few minutes before sleep last night..


i suddenly asked him; -how much do you love me?


**- it costs nothing dear... =) 


i laughed...

in fact, it was to hide my sadness.. :-(
tonite i`ll spend the whole night all alone...
coz he will be leaving for 2 days...


then he brought me into his arms and whispered:


**-if u really want to know how i feel about you, find and listen to `sedetik lebih` sing by your favourite male singer....


erk!...


then i took my n8 and directly downloaded that song..


i played and replayed the song whole night till the battery got flatted..


for sure, i slept in his arm the whole night like there`s no tomorrow for us....











p/s : i love u




**translated version.coz if i write them in bahasa its sound 'sumthing'.. *_^

Friday, April 17, 2009

kerana dia...

01. kerana dia sentiasa buat aku rasa gembira & bahagia bila bersamanya.
02. kerana dia selalu buat aku ketawa & senyum bila bersamanya.
03. kerana dia juga mereng seperti aku & suka buat lawak dengan aku.
04. kerana dia selalu membuat surprise yg sangat2 best, unsangka & sangat2 bermakna pada aku.
05. kerana dia sangat2 riang & suka menceriakan selain sedikit menghuru-harakan keadaan bila kami bersama.
06. kerana dia tidak pernah sembunyikan apa2 daripada aku.
07. kerana dia tidak pernah hipokrit dan dia adalah dia.
08. kerana dia menerima aku seadanya walaupun aku montel & biasa ja orgnya.
09. kerana dia juga kuat makan mcm aku.
10. kerana dia menghormati & menerima family aku seadanya.
11. kerana dia selalu mendampingi aku pada saat & ketika yg sangat2 tepat.
12. kerana dia adalah pendengar & pencerita yg sangat2 setia & menarik ceritanya pada aku.
13. kerana senyumannya yg paling real & dia suka ketawa kuat2 mcm aku.
14. kerana citarasa dia sangat menepati citarasa aku.
15. kerana dia sangat open-minded & amat memahami kerjaya aku.
16. kerana dia sangat sempoi & bersederhana.
17. kerana family dia juga menerima aku seadanya.
18. kerana dia setia dengar aku nyanyi walaupun aku nyanyi sumbang mambang.

19. kerana dia suka tengok aku menari shuffle.. hehe.
20. kerana dia sentiasa ingatkan aku supaya jaga keselamatan diri semasa memandu pegi kerja.

21. kerana dia selalu ingatkan aku supaya jimat cermat & simpan duit. (aku degil bab ini..)
22. kerana dia menerima kawan2 aku & aku juga menerima kawan2nya.
23. kerana dia buatkan hidup aku tak sunyi, dan yang paling penting..
24. kerana dia TERLALU ISTIMEWA & dia adalah SEGALA-GALANYA dalam hidup aku.