Thursday, February 14, 2008

ada apa dengan valentine?..

Pada pengertianku, Valentine seorang lelaki yang mati kerana cinta.. betul? entah.. aku pun tak pasti. Padaku cinta tidak diraikan... cinta dipraktikkan.. ya? ya pada pandangan ku.. meraikan cinta padaku tidak memberikan dan mempamerkan ketulusan hati yang sebenarnya... orang yang meraikan cinta sebenarnya cuba menunjukkan kepada orang lain yang dia sangat bahagia dengan cinta yang dimilikinya pada hari ini... tapi rahsia hati siapalah yang tahu?...

Aku hanya menyimpan rasa cinta dalam hatiku... hanya orang yang aku cintai tahu hakikat ini... Aku tidak menjadi perempuan yang taksub kepada cinta hingga sanggup melukakan hati sendiri.. Aku berterus terang dengan apa yang aku benci dalam menjalin cintaku dengan dia.. Dia mengerti.. dan ya.. dia masih mengerti sehingga kini.

Falsafah cinta aku dengannya sangat ketara berbeza.. baginya, cinta menjadikan dia seorang yang sangat berhati-hati.. berhati-hati menjaga hatiku.. ya, benar.. sejak 10 tahun lalu aku menjalin cinta dengannya, dia sangat prihatin dengan hatiku... Memang pernah hatiku terguris, bukan sekali malah berkali-kali tapi setiap gurisan itu dirawatnya dengan berhati-hati.. begitulah dia mempamerkan rasa cintanya kepadaku,.. berbanding aku, aku hanya merawat gurisan hatinya dengan berdiam... diam dan diam. Kejam? agaknya.. tapi dalam hatiku, rawan bukan kepalang. Tapi, entah.. sukar aku jelaskan kenapa aku jadi begini. Katanya, aku keras hati dan degil.. ya? mungkin... aku membesar sebagai anak yang kurang kasih sayang.. kasih sayang yang sepatutnya menjadi makanan jiwaku tidak aku nikmati sepenuhnya di zaman kanak-kanak dan remajaku... mungkin ini yang membuatkan aku kelihatan seperti tidak menghargai dia dalam hidupku.. kerana dulu aku sering merawat hatiku sendirian, tak pernah seorang pun manusia yang pernah memohon maaf dariku setelah melukakan hatiku... dendam? barangkali lah...
Jadi, ada apa dengan valentine? Dia ada cinta yang dikenang oleh manusia sepelusuk dunia.. dia ada cinta yang dirai oleh sejagat manusia bercinta di muka bumi ini.. Aku hanya ada dia.. dialah di hati.. seandainya dia mengerti hanya dia yang aku miliki dalam hidupku..